12 January 2016

'Kembar' dalam perut remaja lelaki

'Kembar' dalam perut remaja lelaki
Narendra Kumar bersama "kembarnya" yang dibuang
ALLAHABAD - INDIA. Seorang remaja yang sering mengadu sakit perut terkejut selepas diberitahu punca penyakitnya itu adalah disebabkan oleh "kembarnya" yang hidup didalam perutnya sejak dia dilahirkan.

Doktor yang merawat Narendra Kumar, 18, menjumpai  janin  yang mempunyai 2.6 kg jisim tulang, rambut serta gigi di dalam abdomen remaja itu.

Menurut doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh  berkata, ia telah hidup seperti parasit dalam badan remaja berkenaan sejak dia dilahirkan.

"Keadaan tersebut berlaku ketika peringkat awal kehamilan kembar apabila salah satu fetus memasuki fetus yang lain melalui tali pusat.

"Ia menjadi parasit dan akan 'hidup' di dalam kembar yang lagi satu," katanya dipetik MailOnline.

Narendra menderita sakit dan sering muntah-muntah malah turut hilang berat badan sejak bertahun lalu namun keluarganya gagal mengetahui punca mengapa berlaku demikian.

Perkara itu hanya diketahui selepas doktor melakukan pembedahan pada Isnin dan menemui janin tersebut yang menjadi punca penyakitnya itu.

Sementara itu, bapa remaja itu, Prem Chandra berkata, dia berasa lega kerana penyakit anaknya itu sembuh.
"Ia telah menyeksanya sejak bertahun dulu dan  kini telah dibuang. Saya berasa lega dan kini dia boleh ke sekolah dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya. - SINAR HARIAN

5 comments:

  1. eee...takutnya

    ~Admin : My New Blogger~
    http://munirahmustafar84.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. uish...biar benar ! tAKUTTTT

    ReplyDelete
  3. Mak aih boleh plak cmni ek . Scarynyee . Agaknye gemuk2 ni ada kembar belom kluar gak kot haha

    ReplyDelete