9 July 2014

MARI BERSAMA - SAMA MENJADI AHLI SUKARELAWAN AMAN PALESTIN. BERSAMA - SAMA KITA BERAMAL DEMI ISLAM SEJAGAT.


MARI BERSAMA - SAMA MENJADI AHLI SUKARELAWAN AMAN PALESTIN.
BERSAMA - SAMA KITA BERAMAL DEMI ISLAM SEJAGAT.


Assalamualaikum,

Kepada para sukarelawan yang dirahmati Allah, semoga sentiasa mendapat lindungan dan ganjaran dari niat dan usaha yang anda curahkan untuk Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

1- Pada sesiapa yang berkelapangan untuk menterjemah berita atau artikel pihak Aman Palestin amat mengalu-alukan setiap usaha yang diinfakkan ke jalan Allah ini. Sekiranya setiap daripada para sukarelawan menterjemah hanya satu dalam sehari berita, cuba bayangkan betapa banyaknya berita/artikel di "dada" website AP.

2- Pada penterjemahan artikel, sebulan 1x atau 2x pun sudah memadai, itupun sudah cukup banyak sebenarnya.

3- Menyebarkan "pengaruh" usaha ini juga akan diganjari Allah dengan sebaik-baiknya.

4- Facebook dan twitter AP juga amat dahagakan penyertaan daripada semua, setiap berita dan artikel boleh dipos ke dalam FB dan twitter.

Perlu diingat usaha anda tidak dibayar dengan wang ringgit, masa, kepenatan dan kesunggguhan anda akan dibayar oleh Allah selama mana isu ini berterusaan.

Teruskan usaha dan tingkatkan amal itulah tanda kemenangan Islam semakin hampir, sebagaimana sudah hampirnya kita untuk mendapatkan kembali Masjid Aq-Aqsa untuk sama-sama kita bersembahyang disana dalam keadaan ia telah pun bebas dengan tangan-tangan kita sendiri.

Terima kasih, semoga amalan kita diterima Allah.

1 comment: