28 May 2015

Ramadhan Promotion - Buffet Sinaran Ramadhan GRAND BlueWave HOTEL

Assalamu`alaikum.

Pertama sekali jutaan terima kasih Ben Ashaari atas kesudian beliau untuk terima Yaya sebagai ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan turut serta event semalam Buffet Ramadhan Grand BlueWave .

Antara sajian buffet disediakan memanglah banyak, makan puas - puas sampai penuh tangki perut ok ? Yaya suka makan, semua Yaya merasa sampaikan rakan - rakan blogger yang lain termasuk BEN !!! tegur Yaya kuat makan semalam....malu tahu tak? hahahaa.....tapi sampai bab makan Yaya peduli apa, bak kata ummi dan ayah Yaya, kalau teringin tu makan sahaja , nanti teringat - ingat lah mengidam lah ..

Puasa dekat dah ni, GRAND BlueWave Hotel bagi Ramadhan Promotion. Ada dua pilihan, dua - dua berpatutan.


Atas tu adalah Syurga Makanan....hahahaa....banyak betul....actually semalam tengok air kelapa atas ni macam nak minum, tapi Yaya fikir, ada ke tidak air kelapa dalam tu? kalau ada, boleh ke kita minum??kalau boleh minum, kita ni tahan malu tak??


Um Ali Egyptian Bread Pudding jadi desert lepas makan nasi lauk kambing panggang








Seafood in Ice ni mampu tengok depan gambar je lah yee... kalau nak rasa , join buffet ni ok?


Kenapa bila Yaya tengok Fresh Whole Steam Fish ni rasa teruja eh?? deko dia , deko dia ... dah macam naga ( tinggi betul imaginasi, budak art katakan ) . Menarik Yaya tengok tapi Yaya tak makan ikan pun, saja mengada - ngada...


Kambing Panggang ni Yaya panggil Kambing Menangis. Bukan sebab dia kena korban, tapi Yaya termasuk rakan - rakan semalam duk meroyan kambing ni, kambing , kambing.....




Inilah dia pilihan - pilihan boleh dibuat... menu istimewa dia bagi antaranya Mee Udang Sado, Kambing Panggang Istimewa, Turkey Kebab Skewer, Ayam Golek Percik, Ais Krim Pukat, Cendol Istimewa, Air Kelapa Muda Segar dan mencecah 260 JENIS MAKANAN lain. Hubungi Grand BlueWave Shah Alam


Foto chef -chef yang comel - comel jadi penutup entry Ramadhan Promotion - Buffet Sinaran Ramadhan GRAND BlueWave HOTEL , Yaya belanja. 

terima kasih sudi baca sampai habis =)

1 comment:

  1. Sesekali dapat makan luar ni memang seronok lebih2 lagi dengan yang sekepala gan kita, jadi berselera makan..hehehee

    ReplyDelete