6 May 2015

Semakan keputusan UPU 2015-2016 tawaran IPTA

Semakan Result UPU IPTA Politeknik ILKA 2015 2016

Ruangan ini diwujudkan bagi membantu calon-calon berkenaan yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/Politeknik Premier, Konvensional/METrO dan ILKA bagi sesi akademik 2015/2016 mendapatkan maklumat berkaitan.

Antara kandungan yang akan dipaparkan hanya merangkumi tarikh hebahan dan semakan keputusan permohonan berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Walaubagaimanapun calon dinasihatkan melayari portal rasmi BPKP (UPU) di http://upu.moe.gov.my bagi mendapatkan sebarang maklumat yang tepat dan terkini mengenai maklumat dan permohonan kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Premier & Konvensional, METrO dan ILKA.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KONVENSIONAL/ METRO/ KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA LEPASAN SPM

Butiran AktivitiTarikhStatus
Pengumuman Keputusan Permohonan Kemasukan ke Program Diploma Politeknik Sesi Jun 2015 bagi calon Lepasan SPM
Calon yang telah memohon ke Politeknik Premier boleh membuat semakan keputusan melalui http://upu.moe.gov.my
Manakala cetakan tawaran boleh dibuat menerusi Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar di pautan http://www.politeknik.edu.my mulai 7 Mei 2015, jam 12.00 tengah hari
6 Mei 2015status
Hebahan dan semakan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015Minggu ke-2 Mei

Semakan Panggilan Temuduga(Politeknik) Calon-calon yang telah mengemukakan permohonan untuk program-program berikut

  • Diploma Kejuruteraan Perkapalan
  • Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
  • Diploma Lanjutan Rangkaian
Boleh semakan panggilan ke sesi temuduga mulai 13 April 2015


Catatan: Penambahan maklumat, tarikh sebenar dan pautan untuk membuat semakan akan dinyatakan berdasarkan peringkat aktiviti sesi pengambilan pelajar

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN SPM

Butiran AktivitiTarikhStatus
Semakan keputusan panggilan temuduga bagi permohonan program yang bertemuduga sahaja, calon SPM/Setaraf Sesi Akademik 2015/2016
  • Untuk pautan semakan, sila rujuk kepada ruangan info semakan panggilan temuduga dibawah
Bermula 13 April 2015status
Hebahan dan semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier bagi lepasan SPM/setaraf sesi akademik 2015/ 2016
  • Semakan keputusan boleh dibuat menerusi Portal Rasmi UPU di pautan http://upu.moe.gov.my bermula jam 12 tengah hari
  • Maklumat cetakan surat tawaran bagi calon yang berjaya boleh rujuk kepada ruangan Senarai Pautan Cetakan Surat Tawaran Berdasarkan IPTA dibawah
Mulai 6 Mei 2015status
Sistem aplikasi e-Rayuan yang dibuka
  • Nota: Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dan Politeknik Premier sahaja
Minggu ke-3 Mei
Hebahan dan semakan keputusan rayuan
  • Nota: jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal
Minggu ke-2 Jun


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA GUNA SMS

Selain membuat penyemakan secara online, pemohon boleh membuat semakan keputusan menggunakan perkhidmatan SMS berpandukan format penghantaran seperti berikut:

Result SMS IPTA 2015
  • Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) NoKP
  • Contoh: UPU RESULT 950527031543
  • SMS ke 15888

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STPM

Butiran AktivitiTarikhStatus
Semakan panggilan temuduga bagi permohonan program yang bertemuduga sahajaMinggu ke-3 Mei
Hebahan dan semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2015/ 2016Minggu ke-2 Ogos
Sistem aplikasi e-Rayuan yang dibuka
  • Nota: Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA sahaja
Minggu ke-2 Ogos
Hebahan dan semakan keputusan rayuan calon lepasan STPM/setaraf sesi akademikBermula minggu ke-2 September

Catatan: Penambahan maklumat, tarikh sebenar dan pautan untuk membuat semakan akan dinyatakan kemudian

Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik (JPP).

No comments:

Post a Comment