Berikutan jangkaan pada Januari 2015 yang lepas, Malaysia akan dilanda gempa bumi yang dirasai pada mulanya di Sumatera Utara, Indonesia pada jam 6.59 pagi dengan gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter berpusat di 2.6 utara dan 96 timur, 25km tenggara Simeulue, Indonesia dan 541km barat daya timur, Perak menurut kenyataan Jabatan Meteorogi Malaysia.
KOTA KINABALU 5 Jun - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau pagi ini menyebabkan penduduk khususnya yang tinggal di pangsapuri berlari ke kawasan lapang sebagai langkah keselamatan. Gegaran beberapa saat itu dirasai sekitar pukul 7.15 pagi tadi. Di KUALA LUMPUR, Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memberitahu, pusat gempa bumi terletak di 61.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 16 kilometer barat laut dari Ranau.Gegaran turut dirasai di Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
- UTUSAN ONLINE
Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.
Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.
KEADAAN di dalam sebuah premis di Ranau selepas gempa bumi pagi tadi. - Foto ihsan pembaca BH
Semoga kita semua dijauhi dari sebarang bencana dan kecelakaan...
ReplyDeleteamin..
Delete