Assalamualaikum
Masa korang
dengar jer nama ‘Travelling Beruang’ ni , apa dalam fikiran korang ? Ok
jujurlah , pertama kali yaya nampak perkataan ‘Travelling Beruang’ ni pada
gambar yang Air Asia post kat dalam Instagram official mereka. Apa yang yaya
fikir waktu tu kan , kena bawa anak patung beruang apabila tiap kali pergi
melancong ke mana – mana yang kita tuju. Hihihiii.... :D
Hari sabtu hari
tu yaya ada pergi Tropicana City Mall untuk tonton telemovie ‘Travelling
Beruang’ yang akan muncul di kaca televisyen dari TV3 tak lama jer lagi...
To be honest, Yaya ada satu habit, kalau dapat port yang best untuk tangkap gambar, nanti lupa segala bagai. So, jadilah sekeping gambar yang ala – ala model. Ehemm...amacam? nampak tinggi kan..??hihiihi... :D
Di kesempatan ini , yaya nak ucap terima kasih pada
kak Bella Idura kerana sudi mengajak yaya pergi menonton telefilem ni. Kalau
nak tahu, yaya seorang yang mudah tersentuh dengan situasi menyedihkan. Lebih –
lebih lagi ianya menuju ke dunia realiti yang sebenar. Siapa sangka dengan
wajah yaya yang kalau orang belum kenal yaya, tentu ingat yaya ni sombong dan
garang sikit ni, lah hatinya amat lembut...ehhh?? hihiii....
Seriously , mudahnya airmata menitik. Di hadapan
panggung wayang yang besar tu , yaya duduk di antara depan dan tengah –
tengah. Korang cubalah bayangkan benda
ni berlaku depan mata korang...
SINOPSIS TELEMOVIE 'TRAVELLING BERUANG'
Sejujurnya yaya
menaip dengan rasa penuh khusyuk mengikut perasaan yaya. Ada satu cerita yang
amat menyentuh hati korang apabila yaya ceritakan di sini serba sedikit tentang
dua orang kanak – kanak yang mempunyai penyakit kanser.
Telemovie yang
mengisahkan Adit, seorang ayah yang telah kehilangan anak perempuannya kerana
menghidap kanser yang telah menyebabkan hubungannya dan isteri iaitu Lisa ,
musnah.
Adit telah
diketemukan dengan anak tunggal rakannya iaitu Aishah yang juga mengalami
dugaan yang sama iaitu menghidap penyakit kanser dan keadaan Aishah amat
kritikal.
Di suatu malam
yang sunyi, Adit menonton semula video rakaman sempena hari lahir anak
tunggalnya yang telah pun menghadap Illahi. Dalam video tersebut, anaknya
bersama Aishah telah memberitahu bahawa mereka bercita – cita untuk pergi
mengembara ke seluruh dunia.
Dari situ Adit
mula mengorak langkahnya untuk menebus semula cita – cita kedua – dua orang
kanak – kanak itu dengan membawa Mr. Bear, patung beruang kesayangan Aishah
pergi mengembara. Aishah tak boleh ikut, sebab kesihatan dia tidak mengizinkan.
MENGEMBARA di
serata dunia...Ini adalah harapan terakhir Aishah !! Adit tidak akan mensia –
siakan harapan tersebut !! Mungkinkah Adit akan bawa orang yang boleh sembuhkan
penyakit Aishah ? Mungkinkah Aishah punyai harapan untuk meneruskan hidupnya ?
Jangan lupa
untuk menonton Telemovie “Travelling Beruang” yang dijangka menemui korang di
TV3 !!
Bantu adik
Aishah untuk kuatkan semangat agar dapat meneruskan kehidupan yang indah ini
dengan menonton “Travelling Beruang” pada :
31
Oktober 2015 - Travelling Beruang bahagian 1, Sabtu, 9.00 malam, TV3
01
November 2015 - Travelling Beruang bahagian 2, Ahad, 9.00 malam, TV3
PELAKON :
Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Zara Zya, Ammar Titan
ARAHAN :
Syahid Johan
TERBITAN
: Balang Rimbun Sdn Bhd
LOKASI
: Perth (Australia), Lombok (Indonesia), Siam
Reap (Kemboja), Chongqing (China) dan Ho Chi Minh (Vietnam)
ingatkan doku traveloque... rupanya telefilem traveloque... er... cam menarik.... rasa nak beli beruang tu...
ReplyDeleteAlong ingatkan ... ianya sekadar KEMPEN untuk mengutip dana... Rupanya, ianya lebih dari itu... Menarik KEMPEN ni..
ReplyDeleteTouching sgt klu tgk budak2 kecik yg sakit kanser nih
ReplyDelete