24 November 2015

2 Minggu Di Tempat Teratas, Siti Nordiana Terkejut & ‘Speechless’

2 minggu di tempat teratas siti nordiana terkejut  speechless


Penyanyi wanita, Siti Nordiana nyata terkejut dan tidak terucap dengan kata-kata apabila dia berjaya kekalkan kedudukan teratas di Gegar Vaganza 2 di minggu yang ke-6.
Bagi Nana, ini semua pencapaian yang diluar jangkaan dan masih banyak lagi perkara lain yang perlu diperbaiki untuk terus bertanding dalam program ini.
“Kejayaan yang diraih ini saya amat bersyukur namun hakikatnya ia juga satu bentuk cabaran yang baru agar saya terus kreatif membuat persembahan untuk menyanyikan lagu-lagu yang diberikan.
“Untuk lagu Ku Tak Akan Bersuara ini sebenarnya susah dibahagian korus, kerana perlu lontarkan vokal yang tinggi walaupun tidak setinggi lagu Madah Berhelah.
“Tapi saya dah buat sehabis daya dan pada masa yang sama juga perasaan takut juga timbul.
“Manalah tahu kot-kot suara saya tak terkeluar pada ketika itu, tetapi Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar,” kata Nana kepada portal Murai.com.my.
Dalam pada itu, Nana juga ditanya mengenai namanya kini menjadi viral di laman-laman sosial yang memuji persembahan dan mutu nyanyiannya.
Lantas dengan tenang dia menjawab, komen-komen dan maklum balas yang positif itu Nana tidak akan terleka dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh semua peminat.
“Saya pun ada baca-baca juga komen-komen di laman sosial, ternyata ia amat mengejutkan saya. Tetapi komen-komen sebegitu saya tidak boleh terleka.
“Pada masa yang sama, ia juga memberi tekanan kepada saya untuk bekerja dengan lebih keras agar persembahan nyanyian saya diterima secara terbuka oleh semua pihak.
“Apa-apa pun saya akan tetap berusaha dan tidak lalai demi peminat-peminat yang menyokong saya dalam GV2 ini,” ujarnya mengakhiri bicara.

No comments:

Post a Comment