20 November 2015

Aiman Hakim Tak Segan Jadi Duta Produk Penjagaan Kulit

aiman hakim tak segan jadi duta produk penjagaan kulit


Dipilih sebagai duta terbaru produk penjagaan kulit untuk lelaki, Garnier Men, Aiman Hakim menyifatkannya sebagai pencapaian berharga buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.
Dia bercakap demikian ketika majlis pengumuman perlantikannya sebagai duta terbaru produk berkenaan yang turut disaksikan Pengarah Pemasaran Garnier Malaysia, Christina Low baru-baru ini.
Pada usianya yang masih muda tahun, atlet yang menjadi penyanyi dan pelakon itu sentiasa mencabar diri sendiri dalam apa jua yang diceburinya.
“Terpilih untuk menjadi duta baharu Garnier Men semestinya merupakan suatu pencapaian dalam kehidupan saya, saya berbangga yang saya boleh menjadi model peranan untuk semua jejaka di Malaysia.
“Tiada perlunya saya segan mengaku yang saya suka produk-produk penjagaan kulit dan saya sayangi diri dengan menjaga kulit saya,” kata jejaka peramah yang mempunyai ketinggian 182 sentimeter itu.
Menurut Aiman Hakim, produk kegemarannya iaitu Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub yang digunakannya dua kali seminggu dan untuk kebersihan muka setiap hari, Garnier Men Turbolight Oil Control Black Foam menjadi pilihannya.
“Seperti lelaki lain, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki yang suka akan rutin penjagaan kulit yang cepat dan berkesan.
“Garnier Men Turbolight Oil Control Black Foam dapat membersihkan minyak dan kotoran pada kulit bagaikan magnet, iaitu kulit menjadi bersih dan berseri,” katanya berkongsi petua kebersihan kulit wajahnya agar tampak segar sentiasa.
Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub, mempunyai kesan yang menyegarkan kulit Aiman Hakim dan  produk itu menggabungkan pelbagai kebaikan dalam satu tiub iaitu membersih, menanggal kulit mati, mengurangkan bintik-bintik hitam, menghilangkan minyak berlebihan dan menyerikan kulitnya.
“Sekiranya saya perlu ke mana-mana atau bersukan, saya selalu membawa Garnier Men TurboLight Icy Scrub bersama saya untuk menghilangkan rasa lekit dan berminyak akibat peluh,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment