Assalamualaikum
Selamat petang semua...dalam seumur hidup , ini pertama kali yaya dengar event Art Market Malaysia. Art Market Malaysia merupakan satu acara yang akan mempamerkan pelbagai
hasil seni, rekaan dan kraftangan kontemporari serta asli dari Malaysia.
Diadakan pada 28 – 29 November 2015 dari pukul 10.00 pagi - 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay di Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan korang, acara ini diadakan bertujuan menyediakan satu landasan bagi mereka
yang berbakat , termasuk golongan kelainan upaya, untuk memasarkan hasil seni mereka secara
terus kepada orang ramai serta untuk mewujudkan minat di kalangan pencinta seni untuk
menghargai karya seni yang ringkas, menarik namun dengan harga yang berpatutan.
Lebih menarik di sini, tiada sebarang caj yang akan dikenakan kepada pengunjung. Art Market Malaysia juga telah bekerjasama dengan NASOM ( National
Autisme Society of Malaysia ) bagi membantu mereka untuk mengumpul dana melalui jualan hasil seni.
Puan Hazrita Mohd Hatta iaitu Pengarah Projek di Soriata Enterprise mempercayai bahawa dengan adanya program seperti ini dapat memberi ruang dan peluang buat para artis yang berbakat samada yang lama mahupun yang baru yang sebelum ini tidak berpeluang atau berkemampuan untuk mempamerkan serta menjual hasil karya mereka di khalayak umum.
Antara artis yang berbakat yang akan turut hadir pada event ini iaitu Lovely Nuna Handmade, Ads Creations, Tunku Erina Art, Idealawo, Hubby Orkid, Kiszydoll Malaysia, Manik Cantik, MieyraYusoff Gallery, Scheme dan ramai lagi . Jom Bazar pula akan memasarkan produk mereka
secara online.
Lebih menjadi perhatian, acara ini juga bakal dihadiri oleh pencinta seni atau meminati seni
sebagai satu hobi. Aktiviti demonstrasi seni serta hiburan menjadikan acara ini sesuai untuk
dihadiri oleh seluruh ahli keluarga. Beberapa selebriti
yang akan menghadiri untuk memberikan sokongan mereka untuk acara ini termasuklah Arja Lee, Imuda dan Syanie.
Pengunjung tak perlu
risau kerana artmarket juga menyediakan ruang untuk melepaskan lelah dan bolehlah dapatkan
minuman serta makanan dari vendor seperti AM , MyJuiceTime , WondermumCakes, Dapur
Bonda dan banyak. Art Market Malaysia juga akan menyediakan 200 hadiah misteri kepada pengunjung yang
bertuah.
Buat para pengunjung yang menaiki kenderaan awam, terdapat perkhidmatan tambahan yang ditawarkan sempena acara ini
diadakan termasuk pengangkutan percuma dari Stesen LRT Ampang Park ke Kompleks
Kraftangan yang terletak di Jalan Conlay. Kuala Lumpur. Sangat menarik !!
Jadi, jangan lupa 'mark' tarikh 28 - 29 November 2015 ini bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk sama-sama pergi ke event ni tau !! Yaya pun akan turun ke event ni jugak sebab yaya minat sesangat pasal seni...
Keterangan
Lanjut :
Tel: 016 398
0938
Emel: info@artmarketmalaysia.com
Instagram : @ artmarketmalaysia
fb : artmarketmalaysia
menarik ni yaya nak pergi lah
ReplyDeleteok blh pegi sbb dh cuti skolah time ni huhuhu
ReplyDelete