24 November 2015

Seluruh Badan Chacha Maembong Lebam Kerana Hoverboard

seluruh badan chacha maembong lebam kerana hoverboard


Pelakon Chacha Maembong akui pernah mengalami lebam yang sangat teruk di badannya ketika pertama kali bermain alat permainan Hoverboard yang dibelinya sejak 3 bulan lalu.
 Chacha Maembong memberitahu tubuhnya lebam teruk disebabkan beberapa kali terjatuh ketika cuba mengimbangi badannya di atas alat permainan tersebut.
“Sebenarnya ketika Hoverboard mula popular di Malaysia, saya terus berminat hendak memilikinya kerana saya memang amat menyukai sukan extreme. Malah sebelum ini saya memang sering bermain skateboard dan ice skating.
“Bukan mudah rupanya untuk bermain dengan Hoverboard ni.  Cabarannya adalah untuk mengimbangi badan ke atas papannya. Tapi saya tak give up dan terus praktis sehingga saya berjaya bermain dengan stabil.
“Tapi masa praktis untuk mendapatkan keseimbangan badan tu, saya terjatuh beberapa kali sehingga lutut dan tangan saya lebam semuanya.
“Bagaimana pun saya tetap berbangga dengan diri saya kerana d hanya dalam 1 hari saya sudah berjaya bermain Hoverboard dan keesokan harinya saya sudah boleh kawal ia dengan baik ketika membawanya ke tempat shooting,” katanya.
Chacha memberitahu permainan Hoverboard yang dimilikinya itu kini telah menjadi satu alat pergerakan yang efektif  ketika dia berada di set penggambaran.
Mengenai perkembangan lain Chacha kini sedang membintangi  program realiti digital The House bersama dua orang kakaknya,  Emma Maembong dan Yaya Maembong.
 The House disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30

1 comment:

  1. iols naik kasut roda pun terbalik uols.. hoverboard2 tak retilaaa..
    sbenarnya x mampu =P

    ReplyDelete