Memanglah sebelum ini Datuk Rossa pernah memberikan
penjelasan dia dan pasangan duetnya, Afgan tidak bercinta.
Tegas Rossa, mana mungkin dia dan Afgan bercinta disebabkan
jarak usia dan menganggap penyanyi muda itu seperti adiknya.
Masalahnya, baru-baru ini satu nusantara melihat kemesraan mereka
di majlis Anugerah Planet Muzik yang berlangsung di Singapura.
Tidak nampak pula seperti kakak dan adik. Lebih daripada itu,
baru-baru ini ada satu gambar yang dimuat naik Rossa membabitkan
Afgan bersama anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadhan.
Tertarik dengan gambar dimuat naik itu kerana memperlihatkan
kemesraan Afgan dan Rizky. Anak tunggal Rossa itu dilihat begitu
manja dengan Afgan apabila rakan baik ibunya itu membelai
kepalanya.
Afgan memang pandai melayan budak-budak. Melihat caranya
itu membuatkan pandangan mengatakan Afgan dan Rossa bercinta
semakin menebal.
Kemungkinan gambar itu boleh menggambarkan usaha Afgan
membeli jiwa Rizky selepas berjaya menawan hati ibunya.
Mungkin benar kata Rossa sebelum ini dia sememangnya menganggap Afgan seperti adik dan penyanyi yang popular dengan lagu Jodoh
Pasti Bertemu itu menganggap anak tunggal Rossa seperti anak saudaranya.
Kalau mereka bercinta pun apa salahnya. Usia bukan penghalang
dan sebelum ini ramai juga selebriti yang berbeza usia bernikah
tetap bahagia. Contoh terbaik Zain Saidin dan Che Ta. Cuma
untuk Rossa dan Afgan kita doakan yang baik-baik untuk mereka.
sumber
Alhamdulillah kalau sememangnya mereka menuju ke hubungan halal.
ReplyDeleteInsya Allah ameenn mudahan ya
ReplyDeletekaknoor singgah follow yaya :)
Betul, umur bukanlah penghalang. Dengan izin Allah pasti bahagia, InShaaAllah Nurhidayah
ReplyDeleteafgan hensem sgttttt,
ReplyDelete