8 December 2015

Wanita dan Kasut

“Orang kata, menggayakan kasut biarlah sepadan dengan usia. Begitu juga tak semua kasut sesuai dan selamat buat kita. Ketahui jenis-jenis kasut yang sesuai dengan bentuk dan juga saiz kaki, serta panduan berguna membeli kasut dengan betul, jadi kita ni tak merana kesakitan atau asyik perlu menukar dan memulangkannya”

Tips Memilih Dan Membeli Kasut Untuk Wanita

Kitten Heels




Kitten Heels boleh dianggap penyelamat hari anda jika anda bukan seorang yang suka terlalu berhias. Tumit yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk digayakan dengan apa pun jenis pakaian.
Ballet Pumps
Ballet Pumps pula sesuai buat anda yang gemar mengenakan seluar jean bersama blaus kerana keselesaan tapak kasut itu sendiri yang rata. Kasut ballet ini mula popular setelah bintang Hollywood, Audrey Hepburn memakainya ketika filem Funny Face (1957).


Sneakers
Sneakers atau kasut riadah merupakan kasut sukan yang mesti ada kerana ia membantu mengelak kesakitan dan menyokong keselesaan buat kaki anda apabila berjalan jauh. Ramai dikalangan remaja hari ini gemar memakai Sneakers jika keluar ke shopping mall.


Wedges
Wedges atau kasut baji pula untuk anda yang nak nampak tinggi tetapi berada di dalam keadaan selamat. Jeng jeng jeng, manalah tau kot kot takut terpelecok ke??? Tapak yang tinggi tetapi rata ini memberi perjalanan uols kurang stress berbanding memakai kasut tumit tinggi seperti Stiletto.


Mules
Mules sering menjadi pilihan wanita kerana tampak punya kelas tersendiri. Malah kasut ini sesuai untuk semua majlis sama ada majlis formal, kenduri atau ke pejabat. Bertapak rata atau bertumit di mana bahagian depan ditutup tetapi terbuka di bahagian belakang pasti pernah ada di dalam almari setiap wanita.


Tips Membeli Kasut Untuk Wanita

Sudah semestinya anda perlu memilih saiz kasut yang betul. Caranya dengan mengetahui bentuk kaki anda. Ada yang tapak kaki lebar dan panjang. Untuk pengetahuan anda, kedua-kedua tapak kaki kita tak sama kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakkan kasut di jual di kedai mempamerkan kasut kaki kanan. Elak memilih kasut yang ketat dengan menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila diregangkan.
Pastikan anda memilih kasut yang mempunyai ruang untuk jari-jari kaki anda apabila anda sedang berdiri. Apabila anda membeli kasut, jangan sekadar mencuba di depan cermin tetapi cuba untuk berjalan untuk mengetahui keselesaan apabila dipakai kelak. Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana saiz kaki akan mengembang pada waktu ini. Jika anda beli kasut pada waktu pagi, saiz kaki ketika itu adalah kecil dan ini akan menyusahkan anda sendiri satu hari nanti.
Kasut cantik tidak mencukupi jika anda tidak pandai menjaga kaki anda. Memastikan kuku sentiasa pendek, tidak berbau dan tidak mengalami sebarang masalah adalah perkara utama buat wanita jika mahu lebih yakin saat melangkah keluar dari rumah.
SUMBER: Karangkraf

4 comments:

  1. baik2 yaya pakai wedges dan mules .hehe :)

    ReplyDelete
  2. kalau aRz lebih suka cuba dan kalau selesa terus beli

    ReplyDelete
  3. Ahlam pun gila kasut.. klu p mall mesti masuk kedai kasut, wajib!! hahah.. tgk kasut jadi trapi trbaik.. hlg stress.. hehehe tapi klu pkai Ahlam suka pakai selipar jer nak2 selipar jepun.. hehehehe :P

    ReplyDelete