8 March 2016

SEAFOOD DI CRAB FACTORY BROLLY , NYUMMY NYUMMY !!

Assalamualaikum ...

Kabare semua ... alhamdulillah .. beberapa minggu yang lalu yaya diberi peluang sekali lagi untuk menikmati hidangan seafood yang amat menggiurkan..kalau sebelum ni yaya ke Crab Hut, Putrajaya. Kali ni pula yaya bersama buddy2 Kelab Blogger Ben Ashaari ke Crab Factory Brolly yang terletaknya di Menara FELDA , Kuala Lumpur. Boleh parking di menara NAZA bersebelahan dengan Menara FELDA juga. 
Gambar atas ni adalah Meat Crab Set yang dimasak dengan garlic butter . Rasanya yang sangat sedap pastinya nak yaya datang ke sana lagi untuk kali kedua ., sebab memang tak puas makan ni kalau sekali ngap !  



Air , yaya order Passion Mojito . Macam biasalah , kalau yaya yang alergik seafood ni wajib ambil air yang agak masam sikit dan lagi satu , bila ada lemon boleh bagi protect diri dari rasa gatal . Alhamdulillah boleh makan yang lain ... !! hohohooo .... 

Yang atas ni Spicy Plum . Istimewanya set ni sesuai bagi orang melayu yang tak lekang lifestyle hidangan nasi tu memang wajib ! Macam yaya , sehari memang kena cari nasi dan ketam yang pedas ni boleh dijadikan lauk !! 


Macam kat atas ni pulak adalah hidangan Beef Ribeye with Mushroom Sauce & Mash . 




Ehehh...ini pulak adalah Flower Crab Set (Spicy Plum Sauce) . Hidangan yang ni pulak memang cantik sangat. Berseni . Yaya suka deko dia. 
Dah ada Beef Ribeye with Mushroom Sauce & Mash , ada hidangan yang ni pulak , Beef Sirlion with Pepper Sauce & Fries. Yang sebenar - benarnya , yaya kurang minat makan kambing ! tapi bila pergi Crab Factory Brolly ni, cepat betul tergugat iman nak rasa hidangan Beef Sirlion ni ...
Jangan tak percaya bila yaya kata di Crab Factory Brolly ni ada ayam percik !! Ini adalah set istimewa yang ada di sini iaitu Ayam Percik Lunch Tray !!
Beef Burger ni pon yaya dah berjaya habiskan bersama Lyssa. hohohohoo...kalau nak makan burger ni sorang - sorang memang takkan habis sebab banyak giler makan dari tadi...ahahaha....
Dah pernah makan satey ayam dan daging , bila makan dekat sini memang tak boleh "miss" makan Tiger Prawn + Bby Octopus + Variety !! Mesti cuba , okey !!


Yang ada kat tangan yaya ni adalah dessert Chunky Peanut Butter & Tiramisu !! Tu baru belanja gambo jer, cubalah bila ke sini order dessert ni. Memang lambat makan sebab sayang nak habiskan rasanya yang sedap..hahahahaa !!


So, memang hipster sangat ... !! Dekorasi dalam Crab Factory Brolly ni buat yaya rasa teruja !! hahahaaa....jakun betol !!




Alhamdulillah..kami kekenyangan sangat !! hihihii... tq Crab Factory Brolly !!

ATTENTION PLEASE !!!
PROMOSI TERKINI !!


Monthly Crazy Bag Febuari 
"2pcs Red Lobster (800gm) (RM155) 
(Biasa RM 179)

Monthly Meal For Two Seafood Lovers Februari 
"Spanner Crab RM12/100gm (RM17/100gm) 
500gm Yabbies-M ( RM50). 
Percuma Corn, Button Mushroom & Coleslaw"

Monthly Crazy Bag March 
"Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm

Monthly Meal For Two Seafood Lovers March 
"500gm Yabbies-M dan 300gm New Zealand Mussels (RM88) 
(Biasa RM115). 
Percuma = Corn, Button Mushroom & Coleslaw"


Macam mana nak buat order ek ? meh sini yaya ajar satu persatu . Ikut langkah - langkah kat bawah :

1 : 
Pilih makanan laut, (minimum satu jenis & maksimum 3 jenis) timbangan 300gm / 500gm. Kalau nak amek ketam, bolehlah pilih secara kepingan.

2: 
Pilih sos . Nak Signature Southern Bang Sauce / Jamba-Jamba.

3: Pilih satu / dua Bag Buddies





Okey lah , nak rasai pengalaman sendiri ? sendiri boleh pergi ke Crab Factory Brolly atau direct contact dengan dorang di :

ALAMAT :

Crab Factory Brolly
Menara FELDA, Platinum Prak,
No. 11,
Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur.

NOMBOR TELEFON : 03-21814122

atau boleh layari ke laman http://www.my-brolly.com/menu/my-brolly.pdf

3 comments: