9 Februari
2013
Kumpulan
penceroboh memasuki perairan negara. Mereka berkumpul di Kampung Tanduo, Lahad
Datu.
14 Februari
2013
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan
yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan
tersebut. Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai askar Diraja Kesultanan
Sulu datang ke Sabah kerana ingin menuntut Sabah. Rundingan telah dijalankan
selama 3 minggu bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Namun pihak
penceroboh tidak mahu berunding.
Polis
Malaysia telah mengepung penceroboh dan membuat sekatan jalan raya.
1 Mac 2013
Tercetus
peperangan antara polis dengan penceroboh setelah penceroboh mara 1.5 kilometer
dari tempat mereka berkampung sebelum ini. 2 komando polis terbunuh setelah
terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan 12 penceroboh mati
ditembak.
2 Mac 2013
Pada pukul 8
malam berlaku pertempuran antara penceroboh dengan pasukan keselamatan di
Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna. Seramai 6 orang anggota polis terkorban
dan seramai 6 orang pengganas terbunuh. Anggota komando ATM dihantar ke Kampung
Tanduo, Lahad Datu untuk menggempur pengganas.
5 Mac 2013
Pasukan
keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh bagi menjaga maruah
dan kedaulatan negara. OPS ini dinamakan OPS DAULAT. Pasukan keselamatan
melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk disusuli dengan
serangan mortar.
Video peperangan yang berlaku di Lahad Datu,Sabah.
Antara komen - komen dari pengunjung :
Terima kasih kerana membaca . Moga bermanfaat .
TERIMA KASIH “KAI” . JANGAN LUPA UNTUK SUBSRIBE >>>>> KAI
TERIMA KASIH “KAI” . JANGAN LUPA UNTUK SUBSRIBE >>>>> KAI
- HAK CIPTA TERPELIHARA -
AL - FATIHAH BUAT YANG TERKORBAN. MOGA DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG - ORANG YANG BERIMAN . AMIN...
No comments:
Post a Comment