16 May 2016

P O T L U C K !!


Assalamualaikum & hai semua...

Ok memandangkan yaya sibuk deting dengan angah, hari ni baru ada peluang nak update potluck hari tu. Kan yaya duk sibuk up gambo - gambo kat instagram dengan kat facebook hari tu kan? Haa ni yaya nak story sikit suasana makan besor kat ofis, hari tu.



Haa...yang belakang yaya ni bukan ada jual beli yer, masa ni yaya dan rakan sepejabat siapkan makanan kat dapur lah katakan..Yaya, kak Ain, kak Tasha, Lina dan Piah yang siapkan makanan. Makan besor ni diadakan sebelum solat jumaat, lebih kurang jam 11 pagi kitorang start. 



Sebenarnya ape yang yaya buat caption gambo ni kat instagram tu sebenarnya betul :D 

Dalam tray tu ada mee hun goreng, kak ain ni kelakar orangnya bila buat lawak tu takkan habislah. Kak Ain ni nak merasa mee hun tu sebenarnya. kihkihkih.... tapi sebenarnya memang sedap pun. Kak tasha yang masak tu, anak tauke katering tu...

nak tengok gambo mee hun ni? teruskan membaca sampai habis okey :D



Chak ! Ini Piah, baru habis praktikal dan dapat kerja terus kat sini. Congrats Piah !! Piah ni rajin orangnya, tak caya ? tu tengok tu tukang perhatikan makanan tu, elakkan dari tom & jerry buat medan peperangan kat atas meja makan. hahaha .... masa ni makanan yang lain dan minuman belum sampai lagi. Kitorang yang kat dapur ni dah lapaq , tunggu satey bos nak belanja. 




Taraaa !! Memperkenalkan ada empat menu kat gambo atas tu. Nasi lemak tu uncle Amron sponsor, dia tempah jer kat orang luar. Mee hun goreng tu kak Tasha yang masak, dengan husband dia tak silap :D 

Cakap siap - siap. Spageti tu Piah dengan mak dia bikin kat dapur, kuih - muih yang kat atas ni pulak Lina yang bawakkan. Dengar katanya Lina beli jer kat makcik yang jual kuih pagi - pagi tu kat pekan Banting ^_^



Kalau tanya aku camana suasana makan besor hari tu, korang tengok sendiri gambo kat atas tu haa...masing - masing tak perasan aku ambil gambo candid depa. huhuhuuu....kecuali gambo kanan atas sekali tu perasan pulak aku nak tangkap gambo dorang, si Lina dan kak Tasha ni siap buat 'peace' lagi. kihkih....sporting betol !

Yang En. Fendi tu makan sampai terjelir lidah memang menikmati makanan betul tu. Tengoklah dia, makan satey. Dialah orang pertama yang rasmikan dulu satey tu. eh ?! hahaahaa....



Anak - anak sedang menunggu giliran ambil makanan kegemaran masing - masing. Hampir kesemua di atas meja makan ni adalah makanan kegemaran kami semua...hahaahhhaaa.... :D 

Ada pulak tu kak Milah duk buat rekod video gelagat kami. Aiseymennn..lupa pulak yaya nak mintak video tu kat kak Milah. huwaaa..... ;(

Pakai spek tu kami panggil En. Nazmi, in shaa Allah nanti dia akan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya. Naik pangkat tu...tahniah En. Nazmi !! Tak lupa juga Tahniah buat kak Ain yang dah pun melapor diri di Kementerian Kerja Raya hari ni. Rezeki anak, kan kak Ain ?? hihii .. kalau nak tahu, kak Ain baru sahaja dikurniakan cahaya mata dan selamat melahirkan bayi perempuan. Alhamdulillah... ^_^





Ha ! Ni lah diaa mee hun goreng kak Tasha !! sedap oww mee hun goreng ni...disebabkan satu tray besor gedabak dia ni bawak, kami semua duk pakat tapau bawak balik. Kat rumah tak payah nak main masak - masak dah dengan hosmet. kihkihkihh.....

Kalau ada yang nak buat tempahan menu masakan, nak guna servis katering dari kak Tasha, bolehlah direct contact dengan yaya. Dengan pantas yaya inform pada kak Tasha. pm tepi, ok ;) 



Kek batik hasil air tangan En. Safwan dan isteri memang 'the best' ! Kalau nak buat tempahan pun boleh jugak :D

Pernah masa kecik - kecik dulu yaya reti makan kek batik ni dari sepupu yaya. Dia punya awek yang buatkan kek batik, yaya jadi tukang rasa.hihiii....memang sedap kek batik rupanya. so, sampai sekarang kek batik memang jadi kuih kegemaran yaya...haa itu lah sejarahnya..



Yang ni kuih karipap pun Lina bawa. Akibat leka makan spageti dengan mee hun goreng, yaya lupa nak merasa kuih karipap ni... huwaaa .....sorry Lina ku sayangg..... ;(




Nak dijadikan cerita, hari tu kami bincang masing - masing nak bawa menu apa ? Dalam kepala dah fikir nak bawa hotdog dengan naget jer,simple...goreng- goreng..hahahaa....tapi disebabkan kak Ain dah cakap dulu, dia nak bawa hotdog, aku kenalah bawa menu lain !! hahahaa.... ;)

Menu ni special kata kak Ain. Dia namakan 'hotdog kedut - kedut' hiihihii....



Kak Ain memang suka belanja kami Domino`s pizza. Piza ni kak Ain dan En. Amirul sponsor. Actually yaya tak sempat nak ambil gambo piza ni...cepat noh habis kena ngap dengan orang lain. Nak kata dapat makan piza ni? jangan harap, pun tak dapat jugak... huwaa .... ;( 



Tudiaaa Roti John...lama aih tak pergi pasar, lama tak beli roti john, lama jugak tak makan roti john...hahaaa....disebabkan makanan terlampau banyak sangat, tu nak merasa, ni nak merasa, yaya dapatlah jugak merasa sebutir roti john ni. sedap gak....thanks En. Nizam !! sampai tiga bungkus dia beli, risau tak cukup katanya. kihkihkihh..... :D 


Jadi, bagi sesiapa yang kepedasan bolehlah dapatkan air sirap limau ni. Yaya terus terang, yaya memang tak tahan pedas. Sebab tu lah yaya banyak minum dari makan...hahaha....



Haa...gambo atas dan bawah ni lah dia spageti yang Piah dan mak dia masak...tak tanya pulak pagi buta ke depa buat spageti ni.hihihii....serius yaya cakap, walaupun pedas, tapi memang sedap. Sos spageti yang walahhh walahhh....Cukup Bahan, Cukup Isi...ada cendawan, hotdog bagai...fuhhh...terliur sehhh....tengok gambo kat bawah ni yaya dah buat zoom in... :D


Dua kali tambah, satu lagi buat tapau...kat rumah tak masak dah. kikikiii.... :D



Gambo yang atas dan bawah ni menu satey yang bos ( En. Syazmir ) sponsor. Menu ni lah menu terakhir yang sampai kat meja makan...kikikiii...setia menunggu satey ni baru boleh mulakan 'potluck'..hahahaa,,,







Satey, adalah sememangnya makanan kegemaran buat rakyat Malaysia yang pastinya menjadi rebutan. Termasuk AKU !! kikikiii....





Akhir sekali kita makan dessert..inilah cadangan makanan yang aku bawa. hahahaa....akhirnya aku pilih aiskrim dan Nata De Coco untuk hidangan pencuci mulut...haahahaa....rupa - rupanya laku jugak dessert yang aku bawak ni. Kena pulak kami sambung makan lepas solat jumaat. haaa berebutlah, apa lagi...huhuhuu...







Last but not least. 

Sedikit video yang ringkas dari yaya, lagu macam tak sesuai tapi dipilih sebab rentak lagu yang best. huhuu....kau yaya apsal? kau fikir kau siapa? suka hati jer letak lagu ape. tak kena langsung !! :D 

Semoga terhibur. Terima kasih kerana sudi membaca diari yaya.
Love you :) 





18 comments:

  1. byk nau makanan..jenuh nak makan semua!

    ReplyDelete
  2. sedap semua makanan tu...dah lama pulok tak buat potluck

    ReplyDelete
  3. sedapnya...banyak makanan peberet akk tu..satay, roti john, dominos, kek batik...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade yg sempat makan.ade yg xsempat.sbb da hbis...hahahaa

      Delete
  4. Mmg confirm2 makan besar cenggini..dapnyeeee

    ReplyDelete
  5. Ni la benda paling best sekali bila kat office. Makan ramai-ramai. Best betul. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam nak buat lagi rasanya. ni pn da lama tak buat :)

      Delete
  6. Jom join nak?

    https://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/05/pencarian-bloglist-jun-zafirah-nazri.html?m=1

    ReplyDelete
  7. bestnya pot luck.. macam macam makanan de.. nyum2

    ReplyDelete
  8. yg tgk ni pon jenuh scroll memu bnyk. org yh mkn comfirm semdat perut. ekekeke

    ReplyDelete
  9. banyak benor,
    lpas makan mood keje kelaut suma
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memmanggg..hahaha...mujur hari jumaat,keje xbanyak..hehe

      Delete