15 June 2016

6 Sebab Utama Kenapa Hari Raya Adalah Hari Paling Sesuai Hantar Rombongan Merisik

Merisik merupakan adat yang sehingga kini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu di mana pihak lelaki akan menghantar wakilnya untuk bertemu keluarga pihak wanita.

Tujuan wakil dihantar adalah untuk memaklumkan kepada pihak wanita yang si lelaki berkenaan berniat untuk memperisterikannya.

Ia bukanlah rukun wajib untuk berkahwin, ianya sekadar adat dan adab Melayu yang sangat digalakkan kerana keluarga kedua-dua pihak dapat kenal antara satu sama lain.

Selalunya majlis merisik ini tidak memerlukan perbelanjaan atau majlis besar besaran di mana cukup sekadar menyediakan minuman dan sedikit kudapan kepada rombongan yang datang selain sebentuk cincin tanda sebagai hadiah kepada wanita jika dipersetujui.

Majlis merisik pada zaman dahulu, pihak lelaki ditegah untuk menyertinya, cukuplah sekadar menghatar rombongan yang terdiri dari ibu bapa atau saudara terdekat mewakilinya.

Tetapi dengan peredaran zaman, masyarakat kita lebih terbuka dan bakal pengantin boleh bersama-sama berada di dalam perbincangan.

Pasti ada tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk merisik, jawapannya ialah pada 2-4 hari raya atau kalau tak sibuk, hari raya pun boleh.

Kenapa hari raya?

6 sebab utama Hari Raya adalah hari terbaik untuk merisik adalah:

1. Hari raya merupakan musim cuti dan memudahkan untuk keluarga berkumpul, senang sikit untuk bakal pengantin dan ibubapa  membuat persiapan dan perancangan untuk merisik

2. Sambil merisik, sambil beraya.

3. Adat merisik adalah adat warisan Melayu, maka baju raya boleh digunakan ketika merisik.

4. Biasanya promosi potongan harga barangan kemas seperti cincin (cincin belah rotan sebagai ‘cincin tanda’) diadakan pada musim raya. Dapat lah berjimat sikit.

5. Hari raya umumnya adalah hari semua orang bergembira. Pasti sessi merisik tersebut akan membawa kepada kejayaan.

6. Aidilfitri merupakan hari bermaaf-maafan. Mungkin sebelum ini pengantin pernah terkasar bahasa dengan bakal mertua, jadi gunakan peluang beraya sambil merisik ini untuk bermaafan.

18 comments:

  1. insya allah...tak sabar dah ni nak tunggu raya.hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..bagus jugak idea ni kan? hehehe

    ReplyDelete
  3. inshaAllah raya nih, moga diprmudahkan.. hehehe

    ReplyDelete
  4. kazen pun nk tunang hujung bln ni..
    semoga dipermudahkan

    jemput join GA :)

    http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_22.html

    ReplyDelete
  5. Hehe btul juga. Terutama harga cincin, mesti ada diskaun punya

    ReplyDelete
  6. Setujuu sambil merisik sambil beraya. Haha !

    ReplyDelete