8 June 2016

Masihkan kau ingat lagi?

Siapa sangka, mimpi seorang anggota tentera yang bertugas di Sabah akhirnya menjadi kenyataan.Dalam mimpi itu, arwah mengatakan dapat pulang ke semenanjung namun berada dalam keranda.


Tugas menjadi seorang tentera memang sangat mencabar dan paling mencabar adalah terpaksa meinggalkan kampung halaman dan menabur bakti kepada ibu pertiwi.Kisah ini dikongsikan oleh Amalina Hanif di Facebook miliknya.
Mohamad Zaim yang juga anggota tentera meninggal di Ranau, Sabah akibat kemalanganSahabat. Dulu bersama-sama di PPD.


"Alhamdulillah rezeki kau dapat masuk Tentera Darat tahun lepas dan ditempatkan di 22 RAMD. Baru saja dapat berita yang kau meninggal dunia di ranau, sabah petang tadi. Kemalangan melibatkan kenderaan tentera. 13 mac 2015 kau masuk Tentera. 13 mac 2016 kau pergi meninggalkan kami semua.
Al-fatihah untuk arwah Mohamad Zaim.
Kau budak yang baik. Allah lebih sayangkan kau sahabat. Aku pasti akan merinduimu. Semoga ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang beriman. Tenang lah disana sahabat. Al-Fatihah buat mu Mohamad zaim bin salhudin".



Berikut merupakan gambar dan mesej Mohamad Zaim yang dikongsikan oleh Amalina Hanif di Facebook miliknya.
Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah yang terkorban. Moga di bulan yang mulia ini doa kita diangkat dan dimakbulkan Allah swt. ameen In shaa Allah..





4 comments:

  1. pernah baca cerita ni..hmm, takziah pada keluarga arwah..

    adik saya, bulan 7 ni akan ke sabah. Operasi dekat sana.

    dah faham sangat dah kehidupan tentera ni. ayah bekas pencen tentera. Anggota PAC. mertua pula pencen juga, bekas ggk..

    adik ipar anggota semboyan..

    jika tidak di medan tempur, mungkin ajalnya di tempat lain.

    semua manusia pun akan melalui perkara yang sama kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah ya tuhanku...sebak baca komen haffizul. memang bersemangat. ramai dikalangan insan2 tersayang dgn haffizul yg anggota. jd memang faham sgt mcm mana tugas dorang.moga adik haffizul sentiasa dalam siap sedia sepanjang masa

      Delete
    2. bukan sahaja insan2 tersayang, malah ramai kawan-kawan dari kalangan tentera. sebabnya saya dulu sekolah tentera. hahahhaha.

      Delete
    3. moga mereka sentiasa dilindungi Allah swt..aamiin :)

      Delete