Drama Lambaian Ramadan adalah sebuah drama istimewa yang akan mula disiarkan malam ini di Slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh gandingan pelakon-pelakon hebat antaranya Adi Putra, Elizad Sharifuddin dan Puteri Balqis.
Drama Lambaian Ramadan telah diterbitkan oleh A Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaluddin. Turut membintangi drama 13 episod ini adalah Reen Rahim, Izz Ilham, Muntazar Ghufran, Qazim Nor.
Sinopsis Drama Lambaian Ramadan
Drama Lambaian Ramadan mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Adam dan Shila. Pada awalnya Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) hidup bahagia bersama tiga orang anak mereka iaitu Iman (Izz Ilham), Iskandar lakonan Muntazar Ghufran dan Nurin (Puteri Balqis). Namun kebahagian itu tidak berkekalan bila wujudnya orang ketiga lakonan Reen Rahim yang membawakan watak Warda.
Warda berjaya menawan hati Adam dan dalam diam Adam mula curang demi untuk kepentingan perniagaannya. Namun akibat kehadiran Warda, Adam mula mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Dalam masa yang sama, tanpa disedari anak bongsunya, Nurin menghidap satu penyakit kronik.
Apa akan berlaku kepada kesudahan drama menarik yang membawakan tema kekeluargaan ini? Jangan lupa saksikan Drama Lambaian Ramadan di Slot Samarinda TV3 bermula pada 31 Mei 2016 (malam ini) pada jam 10:00 malam.
Best jugak cerita ni. Cikla dh tgk episod pertama semalam...
ReplyDeletegeram jer episod pertama tu kan ...
Deletekita tak sabar weh nak tengok cerita ni..
ReplyDeletehihi..rilek...malam ni ade lg
Delete;)
huhu dah kenapa semua cerita sama waktu ini..best pulak layan drama masa bulan puasa kan.
ReplyDeletelayan cerita ni jugak kak..best..hehe
DeleteWow Adi Putra.. Actor peberet ni, tapi tak tau la sempat ker tak nak tengok nanti ni... Ramadhan ni confirm busy..
ReplyDeleteactor peberet kita jugak... hihi
DeleteWah..drama ramadhan
ReplyDeletejangan lupa tonton ;)
Deletebaru jew ikut citer nie ;)
ReplyDelete