Saya dan suami telah lama berkahwin dan masih belum dikurniakan Allah dengan cahaya mata. Baru-baru ini kami bercadang untuk mengambil anak angkat di kalangan fakir miskin atau pun anak yang tidak sah taraf. Apa yang kami perlu ambil perhatian? Boleh atau tidak anak itu kami daftarkan dan dibinkan kepada nama suami saya? Apakah batas-batas aurat di antara kami dan anak tersebut itu nanti?
JAWAPAN :
Memelihara anak angkat terutamanya anak-anak yang miskin dan tidak berkemampuan adalah satu perbuatan yang sangat mulia. Nabi s.a.w sendiri mempunyai anak angkat sejak sebelum kenabian lagi iaitu Zaid bin Harisah.
JAWAPAN :
Memelihara anak angkat terutamanya anak-anak yang miskin dan tidak berkemampuan adalah satu perbuatan yang sangat mulia. Nabi s.a.w sendiri mempunyai anak angkat sejak sebelum kenabian lagi iaitu Zaid bin Harisah.
Perbuatan mengambil anak angkat ini sudah tentu banyak kelebihan yang hanya Allah SWT saja yang tahu hakikat sebenarnya. Akan tetapi dalam pada itu kita perlu memberikan sepenuh perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut :
Dengan apa cara dana atas apa alasan sekalipun, anak angkat itu tadi tidak boleh dibinkan kepada nama ayah angkatnya. Dia mesti dibinkan kepada nama ayahnya yang sebenar. Ini jelas dari apa yang disebut dalam al-Quran dalam Surah Al-Ahzab ayat 5 yang bermaksud :
“Panggillah anak angkat itu dengan nama bapa mereka yang sebenar. Itulah yang adil dan di sisi Allah”.
Jika kita tidak tahu siapa ayah anak angkat tadi, maka boleh kita gantikan perkataan “bin” tadi kepada perkataan “maula” iaitu tanda bahawa dia adalah anak angkat. Ini seperti kes anak angkat kepada seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Abu Huzaifah yang memelihara seorang anak angkat yang bernama Salim. Maka Salim tadi dikenali sebagai Salim Maula Abu Huzaifah.
Batas aurat antara ibu bapa angkat dan anak angkat adalah seperti batas aurat lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ia mesti dijaga dan dipelihara. Jalan keluar bagi masalah ini ialah menjadikan anak angkat tadi sebagai anak susuan.
Perkongsian yang baik.. :)
ReplyDelete