Tambah pula, wanita cenderung menambah berat bila mereka masuk usia 40-an dan 50-an. Ramai yang menyalahkan hormon. Tetapi hakikatnya lebih kepada kurangnya aktiviti yang dilakukan.
Namun begitu perubahan hormon boleh mengubah komposisi tubuh. Jadi, sebarang berat yang ditambah cenderung untuk berada pada bahagian perut.
Macam mana nak kekal kurus dan sihat bila usia makin bertambah, anda wajib semak rahsia ini...
1. Makan ikan
Risiko penyakit jantung berkemungkinan akan meningkat selepas menopaus. Anda seharusnya cuba makan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan seminggu. Anda mungkin mahu mencuba mengambil suplemen minyak ikan jika mengalami masalah untuk makan ikan seminggu sekali. Minyak ikan mampu membantu mencegah kanser payu dara.
2. Kurangkan berat
Jika anda berlebihan berat badan, anda boleh meminimumkan simptom-simptom menopaus dan mengurangkan risiko jangka panjang penurunan hormon dengan cara mengurangkan berat badan.
Ini juga mampu membantu wanita mengurangkan yang obes atau berat badan berlebihan untuk mengurangkan ‘ hot flashes’.
3. Tambah kalsium
Keperluan kalsium meningkat selepas umur 50 tahun. Kurangnya estrogen menyebabkan tulang tidak dapat menyerap kalsium dengan baik. Kalau anda mengambil secawan susu rendah lemak,secawan kopi latte, atau 8 auns yogurt, anda mendapat lebih kurang 1,100 mg kalsium. Ini bermakna anda perlu menambah hanya 100 mg suplemen kalsium.
Jika anda mengambil tenusu, pilihan produk rendah lemak. Jumlahnya lebih kurang sama dengan kalsium yang penuh lemak tetapi kurang kalori.
4. Legakan rasa kembung
Majoriti wanita yang sedang mengalami menopaus mengadu diri mereka kembung dengan air. Penyebabnya tidak jelas. Apa yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan jumlah garam dan karbohidrat yang telah diproses di dalam pemakanan. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan anda menyimpan air dalam tubuh. Tetapi jangan kurangkan pengambilan bijirin penuh yang kaya dengan serat untuk jantung sihat dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran.
5. Cuba ambil soya
Soya mengandungi estrogen tumbuhan. Produk soya seperti tauhu, kacang soya dan susu soya boleh memberikan sedikit kelegaan daripada ‘ hot flashes’ sederhana dan tidak meningkatkan risiko kanser payu dara.
6. Cuba minum teh ais berherba
Anda mungkin suka minum kopi atau teh panas setiap hari. Semasa menopaus amat tidak digalakkan untuk minum minuman panas ketika sarapan. Umumnya, minuman panas dikatakan mampu mencetus ‘hot flashes’. Cubalah untuk mengambil minuman sejuk dan tidak berkafein.
7. Cari diet yang sesuai
Cara mengambil kurang kalori yang dibakar pada jangka masa panjang, mungkin akan hilangkan berat badan. Sebarang diet seimbang boleh mengurangkan kalori. Namun begitu, wanita selepas menopaus yang mengamalkan diet kurang lemak dan tinggi karbohidrat daripada sayuran, buah-buahan dan bijirin berkemungkinan kurang untuk menambah berat badan daripada wanita yang makan lebih banyak lemak.
Good sharing..:)
ReplyDeleteGut sharing yaya.. Nanti dah cecah 40 an leh la praktik ni..
ReplyDelete