Bibir menjadi titik fokus terutama ketika berbicara. Malah bahagian tubuh wanita ini dikatakan mempunyai daya tarikan yang begitu tinggi. Jadi amat penting untuk wanita menjaga kesihatan dan kecantikan bibir. Selain melakukan perawatan dan mengamalkan petua tradisional, wanita juga perlu tahu teknik solekan yang betul agar bibir tampil sempurna.
Rona-rona tanah membuatkan anda tampil natural namun tetap menawan. Sentuhan gincu rangkaian warna coklat kini menjadi kegilaan wanita, sayangnya ramai yang membuat pilihan yang salah. MW berkongsi panduan memilih rona coklat yang tepat mengikut jenis kulit anda. Sentuhan coklat pada wajah pasti membuatkan anda lebih menawan!
1. Kulit cerah
Coklat muda dengan sedikit rona merah jambu segar untuk penampilan yang ceria.
Bagi yang mahu tampil natural, pilih warna coklat jernih (honey). Rona coklat tua pula membuatkan anda tampak matang dan menyerlah.
2. Sawo matang
Agar warna kulit lebih menonjol, pilih coklat tua. Coklat kopi memberi kesan eksotik manakala coklat karamel untuk penampilan natural.
3. Kuning langsat
Warna coklat kemerahan memberi impak yang menyegarkan. Merah hati pula untuk penampilan dewasa. Bagi yang mahu tampil menggoda, gabungkan rona coklat dengan sedikit merah (plum).
4. Kulit gelap
Rangkaian rona coklat amat sesuai untuk wanita yang berkulit gelap. Anda boleh bereksperimen dengan warna coklat gelap dengan sentuhan sedikit merah atau rona coklat muda.
Selepas ini, anda bolehlah cari gincu yang sesuai ikut warna kulit masing-masing! Selamat memilih!
Orang kulit cerah lebih banyak pilihan wrna gincu...
ReplyDelete