20 July 2016

RAJA MUDA SELANGOR SERTAI TENTERA DARAT

RAJA MUDA SELANGOR SERTAI TENTERA DARAT
Artikel: Pengarah PR TD
Foto: SSjn Tahar

19 Jul 16 - Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj telah menerima Watikah Tauliah sebagai seorang pegawai Tentera Darat dalam satu upacara di Dataran PARAWOOD, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja Para, Kem Terendak, Melaka. Baginda sebelum ini menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom selama setahun yang berakhir pada 16 Apr yang lalu. 

Akademi Tentera DiRaja Sandhurst merupakan sebuah akademi tentera tersohor yang telah melahirkan ramai pegawai kanan dan jeneral tentera yang berkaliber.

Upacara Penyampaian Watikah Tauliah kepada Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara ini turut disertai empat pegawai muda yang lain, tiga darinya lulusan Akademi Tentera DiRaja Sandhurst dan seorang dari Officer Cadet School, SAFTI Military Institute, Singapura.  

Penyampaian Watikah Tauliah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor kepada kelima-lima mereka yang didahului oleh DYTM Lt Muda Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah Al Haj, Raja Muda Selangor diikuti Lt Muda Mohd Nafiq Afifi bin Jumaan, Lt Muda Muhammad Akmal bin Azmi, Lt Muda Mohamad Haziq bin Mohd dan Lt Muda Mohammad Hariz bin Hashim.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj turut mencemar duli hadir bagi menyaksikan upacara ini. Turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Ir Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka serta Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Dr Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia. 

Pegawai-pegawai Muda ini ditempatkan di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para dan Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja Para. Upacara Penyampaian Watikah Tauliah ini dimulakan dengan persembahan Tarian Ngajat, Demonstrasi Keupayaan Para menerusi persembahan Combat Casualty Care (TCCC), Combat Swimming, Abseiling, Repelling, Fast Roping, Serangan Seksyen Human Wave dan Tarian Perang 10 Bgd PARA.

Lt Muda Tengku Amir yang ditemui sejurus selepas tamat upacara telah berkongsi pengalaman dan cabaran yang perlu dilalui sepanjang menjalani kursus di Sandhurst. 

“Kursus dilaksanakan dengan profesional dan tempoh setahun dirasakan berlangsung amat pantas. Saya perlu menyesuaikan diri dengan setiap cabaran yang perlu dihadapi terutamanya cuaca yang sejuk dan terus kekal fokus,” ujar baginda. 

Menurutnya, terdapat beberapa perbezaan dari segi penekanan dalam skop latihan ketenteraan yang dilaksanakan di Sandhurst. Latihan tidak terlalu fokus kepada aspek kecergasan fizikal tetapi lebih kepada aspek pemerintahan dan kepimpinan.

“Bagaimanapun, kecergasan tetap menjadi asas utama yang menjadi pemangkin kejayaan seseorang pegawai tentera,” tambah baginda.  

Putera Raja ini mengakui telah menimba pengalaman yang amat berguna sepanjang mengikuti kursus ketenteraan sama ada di Malaysia mahupun di United Kingdom.

“Sepanjang latihan berlangsung saya diberikan layanan yang sama seperti kadet-kadet yang lain oleh jurulatih dan pentadbir kursus. Tiada langsung istilah pengecualian dan keistimewaan. Saya perlu bangun seawal pagi dan mengikuti latihan fizikal yang keras dan lasak setiap hari,” tegas Lt Muda Tengku Amir.

Peluang  

Kesempatan berkursus di Sandhurst telah membuka peluang kepada Tengku Amir untuk mengenali rakan-rakan dari serata dunia yang mempunyai latar belakang yang berbeza. 

“Saya berkenalan dengan semua dan sangat akrab dengan seorang rakan dari Iraq. Banyak yang saya dapat pelajari khususnya tentang budaya dan adat resam mereka.

Rakan-rakan dari Timur Tengah yang negara mereka sedang bergelut dengan kancah peperangan turut berkongsi pengalaman dan ini menambah rencah ilmu yang dikutip menjadikan kursus ketenteraan ini sangat bernilai,” ujar baginda.

Pengalaman Berharga

Mengimbau kembali setiap fasa latihan yang dilalui, Tengku Amir menjelaskan beliau mendapat pengalaman yang cukup berharga sepanjang tempoh tersebut.

“Kursus ini telah memberi pendedahan yang cukup berguna kepada saya untuk menjadi seorang pegawai tentera yang terlatih, berkeyakinan, mempunyai semangat setiakawan yang tinggi dan jalinan perhubungan yang luas dengan rakan sekursus yang lain,” jelas baginda.

Fasa latihan terakhir di Nuremberg, Jerman menjadi medan sebenar yang menguji tahap keupayaan mereka sebagai pegawai tentera darat. 

“Setiap pegawai kadet didedahkan dengan taktik peperangan antaranya termasuklah penyusupan pada waktu malam ke kedudukan musuh dan mengendalikan pemindahan mangsa perang (CASEVAC) dengan menggunakan helikopter.

Latihan ini memberikan gambaran sebenar yang lebih jelas bagaimana situasi yang perlu dihadapi dan keputusan segera yang perlu diambil oleh setiap pegawai kadet,” ujar baginda. 

Kursus Asas

Sebelum mengikuti kursus ketenteraan di Sandhurst, Tengku Amir terlebih dahulu telah diberi pendedahan awal berkursus di Kolej Tentera Darat (KTD), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut mantan Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki, Tengku Amir telah berjaya melalui fasa latihan yang disediakan tanpa sebarang masalah.

“Meskipun tempoh latihan yang diberikan amat singkat, namun Tengku Amir telah berjaya mengikutinya dengan cemerlang. Gelaran yang dibawa tidak menghalang baginda untuk melaksanakan setiap latihan dengan bersungguh-sungguh seperti mana kadet-kadet yang lain,” ujar beliau. 

Lt Muda Tengku Amir menyifatkan kursus di KTD telah memberikan pendedahan yang amat berguna buat dirinya sebagai penyesuaian sebelum mengikuti latihan di Sandhurst yang sarat dengan sistem rejimental dan tradisi Tentera Darat British.  

“Saya berterima kasih kepada Tentera Darat yang telah menyediakan peluang untuk saya mendapat pendedahan awal latihan ketenteraan bersama-sama dengan Pegawai Kadet Siri Ke-77.

Latihan ini membolehkan saya memahami asas dunia ketenteraan Malaysia dan ianya ternyata banyak membantu khususnya dari segi persiapan mental dan fizikal serta tahap keyakinan yang tinggi sewaktu saya berkursus di Sandhurst,” ujar baginda mengakhiri perbualan.AJA MUDA SELANGOR SERTAI TENTERA DARAT

Latihan ini membolehkan saya memahami asas dunia ketenteraan Malaysia dan ianya ternyata banyak membantu khususnya dari segi persiapan mental dan fizikal serta tahap keyakinan yang tinggi sewaktu saya berkursus di Sandhurst,” ujar baginda mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment