15 July 2016

Teguran 'Manis' Buat Wanita Yang Suka Bentuk Kening


Kakak saya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan. Dia ada mengupah mak andam untuk mempersiapkan dirinya pada hari itu. Salah satu dari kebiasaan yang saya lihat bagi bakal pengantin baru (atau kebanyakan orang wanita) adalah mencukur kening mereka untuk member bentuk yang lebih menarik. Apa hukumnya Ustaz?

Jawapan:
Mencukur kening serta ditambah dengan lukisan supaya memperolehi bentuk yang menarik adalah tidak dibenarkan. Ada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud, bahawa Rasulullah SAWA bersabda;

“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bula muka, atau yang meminta orang lain mencabut atau mencukur bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik kerana perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah”.



Apabila Allah melaknat, ulamak menghukumkannya sebagai haram dan dilarang. Jika tidak, masakan Allah akan melaknat perbuatan tersebut.

Ini berlainan dengan hukum memperelokkan bulu kening tersebut (merapikan) supaya sedap mata memandang. Ia adalah diharuskan lebih-lebih lagi bagi wanita yang diminta oleh suaminya berbuat demikian. Ini tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah.


Kredit: Ustaz Khairul Anuar Basri Alhafiz

1 comment:

  1. huh tulah..sekarang ni ramai dah tak cukur kening..akak sampai sekarang tak pandai nak lukis kening..aje biarlah macam tu...hahah

    ReplyDelete