19 July 2016

Teh Minuman Terbaik 'Tolak' Virus & Bagus Untuk Sahur


Salah satu minuman yang sering menjadi pilihan tatkala bersahur mahupun berbuka adalah teh. Bayangkan kesegaran meminum teh o yang telah dicampurkan dengan ais serta buah limau. Hilang rasa letih seharian berpuasa.

Meminum teh juga dikatakan lebih baik daripada meminum kopi kerana jumlah kafein yang kurang daripada kopi. Menurut Persatuan Dietetik Amerika, secawan teh mengandungi kira-kira 40 miligram kafein jika dibandingkan dengan 85 miligram kafein yang terdapat dalam secawan kopi yang dibancuh.

Apa kebaikan teh untuk anda? Jom semak...

1. Penyelidikan  menunjukkan bahawa sebarang teh yang daripada pokok Camellia sinensis mempunyai sifat-sifat penentang kanser. Daun daripada pokok ini mengandungi kimia yang dikenali sebagai polifenol yang turut memberikan teh sifat-sifat antioksidannya.

2. Polifenol yang terdapat di dalam teh dikatakan amat terkenal dengan kebaikannya kepada kesihatan. Polifenol dikatakan mampu membantu melindungi sel-sel daripada proses fisiologikal normal tetapi merosakkan yang dikenali sebagai tekanan oksidatif.

3. Mampu mencegah pembekuan darah, merendahkan tahap kolesterol, meneutralkan enzim yang membantu dalam pertumbuhan tumor, membantu menyahaktifkan penggalak kanser, dan merangsang sistem imun.

4. Terdapat juga kajian tentang polifenol dalam teh mampu mengurangkan risiko gastrik, kanser kulit dan esofagus, jika ia diminum sebanyak 4 hingga 6 cawan sehari.

5. Meminum 2 cawan teh sehari mampu merendahkan risiko kanser ovari wanita sebanyak 46 peratus.

6. Ada juga kajian di Jepun yang mendapati bahawa teh hijau merendahkan kematian akibat penyakit jantung.

Menentang jangkitan virus, bakteria

7. Teh juga turut mempunyai fluorida yang amat baik untuk menguatkan gigi dan  teh juga hampir tidak mempunyai kalori. Selain daripada polifenol , teh juga dikatakan mengandungi pelbagai bahan-bahan yang amat berguna untuk kesihatan tubuh.

8. Komponen-komponen ini adalah sumber sifat-sifat menyihatkan teh yang dikatakan mampu menentang agen mutagen, membantu menentang tekanan darah tinggi, membantu menentang jangkitan virus dan bakteria, dan membantu memperbaiki fungsi sistem pencernaan dan sistem perkumuhan.

9. Dalam satu kajian, dikatakan mereka yang meminum kira-kira satu setengah cawan teh sehari memiliki sehingga 40 peratus kurang untuk mendapat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak meminumnya.

10. Dikatakan dengan meminum teh juga mampu melindungi tulang.

Jadi, adakah anda masih tak suka minum teh? Cubalah menikmati bersama keluarga untuk sihat dan tolak virus ke tepi!

No comments:

Post a Comment