Tempur Tanpa Senjata merupakan salah satu seni bela diri yang diamalkan atau menggunakan tangan kosong sebagai penangkis serangan pihak musuh. Ianya menerapkan beberapa elemen mempertahankan diri seperti tangkisan, tumbukan, kuncian dan beberapa gerakan lagi. Tempur tanpa senjata biasanya diajar kepada pasukan pengaman dan angkatan tentera, namun turut diajar kepada orang awam.
Tempur Tanpa Senjata (TTS) dalam bahasa Inggerisnya “Unarmed Combat” atau “Hand to Hand Combat” adalah salah satu cabang pertempuran jarak dekat (Close Combat) yang digunapakai oleh pasukan tentera di seluruh dunia. Jarak dekat bermaksud jarak yang membolehkan sentuhan fizikal.
Selain TTS, Cabang ilmu tempur jarak dekat yang lain ialah Close Quater Combat (CQC) atau Close Quater Battle (CQB) . Bezanya TTT tidak menggunakan senjata api selain daripada benet (bayonet), “Dagger” dan “Cotar” atau “Baton”.
Manakala Close Qurter Combar (CQC) dan Close Quarter Battle (CQB) menggunakan senjata api ringan seperti Sub-Machine Gun MP5 dan senjata sisi (side arm) seperti pistol.
CQC dan CQB hanyalah digunakan untuk operasi oleh pasukan khas tentera dan polis seperti Regimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU), Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69 (VAT69).
Berbeza dengan Seni Mempertahankan Diri secara konvensional, TTS menekankan falsafah gerak pendek, mudah dan praktikal. TTS diolah dengan gabungan pelbagai seni mempertahankan diri (Combined Martial Arts) yang dilatih secara intensif. Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khusus asas TTS dijalankan oleh cawangan TTS, Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD), manakala PDRM dijalankan oleh PULAPOL (Pusat Latihan Polis).
Kursus asas TTS diajar kepada semua anggota tentera dan polis. TTS lanjutan yang lebih khusus terutama gerakan “Membunuh” hanya diajar kepada pasukan khas dan khusus.
Sejarah TTS di Malaysia bermula pada tahun 1963 apabila Taekwondo diperkenalkan oleh Kolonel Choi daripada kedutaan Republik Korea. Silat juga diterapkan dalam TTS pada era tahun 1970-an.
TTS – Temput Tanpa Senjata
CQC – Close Quater Combat
CQB – Close Quarter Battle
Sumber : Friends of Kedaulatan
lela palapes pun tak ditekan kan sangat. teringin nak belajar yg mendalam pasal ni, tpi tataw nak masuk ikut mana kalau untuk org awam
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDelete