Ada dalam kalangan kita yang tidak suka bersolek atau hanya bersolek ketika keluar rumah sehingga lupa untuk kelihatan cantik dimata suami. Sedangkan perkara inilah yang perlu dititikberatkan agar suami selalu senang melihat wajah kita dan sukaaaaaa pandang kita lama-lama. Semestinya kita akan berasa bahagia kalau suami suka memandang wajah kita dan memuji keayuan wajah kita , kan?
Di sini tersedia tips untuk tampil ringkas di rumah. Walaupun anda mahukan muka anda rehat dari makeup ketika hujung minggu, tidak bermakna anda perlu kelihatan selekeh! Kalau semasa bercinta , anda sanggup berhias , tak kan selepas kawin anda mahu lupakan saat-saat bercinta itu? Teruskan memukau suami anda dengan wajah yang ayu!
Cara pertama untuk anda kelihatan cantik dan berseri dengan solekan ringkas bermula di sini :
Wajah
Bersihkan wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan terlalu berlebihan. Sebelum membeli bedak, pastikan anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu.
Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air.
Bibir
Lengkapkan penampilan dengan sapuan solekan yang secukupnya saja. Jika ingin bibir kelihatan penuh, bentuk dengan menggunakan pensil bibir berwarna neutral atau semula jadi. Selepas itu, oles gincu berwarna merah jambu sebelum diakhiri dengan sapuan pengilat bibir.
Mata
Jangan terlalu berani memadankan terlalu banyak warna pembayang jika anda ingin tampil sederhana. Pilih warna selamat seperti coklat dan pink. Aplikasi maskara penting sebagai pelengkap solekan mata anda.
Pilih warna yang sesuai dengan usia, warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik.
Alis mata
Gunakan pensil alis untuk merapi dan membentuk kening. Goresan ringkas pada bahagian berkenaan dapat menaikkan seri wajah.
Senang kan? Jom berhias untuk suami!
Kredit : Blogdigging
No comments:
Post a Comment