5 August 2016

2 Hari 1 Malam di JOHOR BAHRU !! - PART 1




Holla & Assalamualaikum...weekend lepas yaya tak melepaskan peluang balek JB . hahaa...bila yaya up status kat facebook orang ingat yaya nak balek kampung..mana ada lahh...yaya balek Johor atas sebab kerja saja...


hihihii..ala yang korang nampak yaya up banner kat atas ni dalam instagram & facebook lah...yaya ke sana untuk mengikuti Karnival `DesaStay` Johor yang julung-julung kalinya dirasmikan oleh YAB Dato` Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor bertempat di Kampung Parit Tengah, Seri Merlong, MK XII Rengit, Batu Pahat, Johor.



'DesaStay' merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi di kawasan luar bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan.



Secara umum, sektor pelancongan telah banyak memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara. Sektor pelancongan telah dapat memberi sumbangan dalam menambahkan pendapatan negara.




Program 'DesaStay' merupakan satu bentuk pengalaman di mana para pelancong akan merasai sendiri dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan disediakan oleh penduduk-penduduk kampung tersebut. Mereka juga boleh memilih sama ada ingin menginap bersama-sama dengan tuan rumah atau di rumah yang berasingan. 



Antara tujuan mewujudkan Program 'DesaStay' di seluruh negeri Johor adalah untuk memperkembangkan 'Hospitality Industry' dan mempertingkatkan industri pelancongan di negeri Johor. Selain itu, mempelbagaikan bentuk kemudahan penginapan kepada para pelancong khususnya kepada'Budget Travellers'. DesaStay juga memperkenalkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat setempat selain mewujudkan peluang perniagaan kepada komuniti setempat serta meningkatkan ekonomi mereka secara tidak langsung. Selain daripada itu, 'DesaStay' juga menyediakan pakej-pakej aktiviti yang menarik untuk diikuti.

Boleh lihat video di atas bagi menyaksikan gambar-gambar sepanjang program dijalankan. 



Di harap agar penyertaan yaya sedi media dapat membantu para pembaca untuk lebih mengetahui fungsi program 'DesaStay' ini. Terdapat sebanyak 32 buah kampung 'DesaStay' Johor terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. 'DesaStay' tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri.


Okay, fuh...habis saja program di BATU PAHAT, yaya dan team bergerak ke JOHOR BAHRU pula untuk ke Austin Heights Golf & Country Resort!! huuhaaa !!! 

Austin Heights Golf & Country Resort terletak hanya 15 kilometer dari tambak Johor Bahru dan kurang daripada 30 minit dari Singapura melalui link EDL untuk sampai ke Austin Heights Golf & Country Resort. 


Austin Heights Golf & Country Resort mempunyai 65 bilik suite mewah dan luas, kaya dengan pemandangan padang golf dan juga kolam renang.




Semua bilik yang dilengkapi dengan katil bersaiz king dan juga mempunyai kemudahan pancuran airmandi dan tab mandi berasingan. 




Di Austin Heights Golf & Country Resort, terdapat pakej bilik yang sesuai bagi para pengunjung antaranya Honeymoon, Presiden dan Platinum Family Suite. Semua ini mempunyai ruang tamu dan berpeluang untuk ke jakuzi. 



Austin Heights Golf & Country Resort juga menyediakan tempat untuk bermain bowling, ping pong, permainan papan dengan kemudahan ala-ala Amerika




Pada malamnya, kami sempat merasai pengalaman pertama menonton theatre di Austin Heights Golf & Country Resort !! soo habis jer tengok wayang, kami masuk bilik then tidoq laa !! apalagi..hahaa...



Boleh ke sini untuk teruskan membaca special entry 2 Hari 1 Malam di JOHOR BAHRU !! - PART 2 !! wooohhooo !!! 


No comments:

Post a Comment