26 August 2016

Pakaian Seragam TLDM Celoreng Digital


Pakaian Seragam TLDM Celoreng Digital

Lumut: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melancarkan pakaian operasi baru dalam majlis pra perlancaran di Tambatan Pangkalan Laut, Pangkalan TLDM,di sini, hari ini.

Pakaian celoreng bercorak digital berkenaan menggantikan tiga jenis baju operasi iaitu baju biru lengan panjang, baju biru lengan pendek dan pakaian tindakan kerja atau Action Working Dress (AWD) bagi mereka yang bertugas di kapal.

Panglimanya,Laksmana Tan Sri Ahmad kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, pengunaan pakaian operasi itu secara tidak langsung menyumbang kepada penjimatan sesuai dengan transformasi pakaian operasi tiga kepada satu ( 3-to-1) yang ingin diketengahkan.

"Kita juga sudah melaksanakan kajian holistik bagi melihat keperluan pakaian operasi ini dan hasilnya ia mengesahkan keperluan penggantian pakaian sedia ada.

"Rekaannya mementingkan keselesaan, aspek keselamatan serta bersesuian untuk semua operasi maritim dan ia juga usaha dalam meningkatkan imej TLDM setanding tentera laut negara maju lain," katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata, sehingga kini baju celoreng digital berkenaan sudah dibekalkan kepada 500 anggota dan ia akan diedarkan secara berperingkat kepada semua warga TLDM serta akan dipamerkan secara rasmi dalam perbarisan Hari Merdeka negara yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini.

Sumber : METRO

No comments:

Post a Comment