14 September 2016

TIPS RUMAHTANGGA: SUAMIKU TENTERA

“Suamiku tentera.”
Tentu sahaja ada wanita-wanita di luar sana yang bangga bila mengungkapkan kata-kata ini bukan? Yalah, tentera itu satu pekerjaan yang murni; mempertahankan keselamatan negara. Tentera juga terkenal dengan sifat berani dan pelindung (protective) mereka.

Tetapi tahukah kamu, sebenarnya agak mencabar menjadi isteri kepada seorang tentera? Ini kerana, tidak boleh tidak, berjauhan samada seketika atau jangkamasa yang lama adalah perkara yang mesti berlaku dalam rumahtangga seorang tentera. Ada yang baru berkahwin, suami dihantar ke negeri lain untuk bertugas berbulan-bulan; ada yang dihantar berkursus berminggu-minggu.
Apa yang boleh kamu lakukan apabila menjadi isteri tentera?
1) Pindah
Pertama sekali, kami sarankan supaya wanita yang baru berumahtangga dengan anggota tentera untuk berpindah ke kediaman rasmi tentera atau kem tentera. Mengapa? Ini mengelakkan kamu dan suami dari berjauhan. Dengan tinggal di kem askar, suami kamu terus boleh melapor diri untuk bertugas ke pejabat berbanding kamu menunggunya untuk pulang ke rumah; terutama jika lokasi kamu berdua dipisahkan antara daerah atau negeri. Lagipun pepatah ada mengatakan, isteri patut ada di mana suami berada, betul tak?

2) Sentiasa bersedia untuk berjauhan
Suka ataupun tidak, berjauhan akan sentiasa berada dalam kamus hidup kamu. Kamu haruslah bersedia, terutama dari segi emosi apabila suami kamu dihantar bertugas di luar kawasan. Fahami tugas suami kamu dan berilah sokongan kepadanya.

3) Kuat fizikal dan mental
Memandangkan suami kamu akan sering berjauhan dengan kamu, kamu harus ada kekuatan mental dan fizikal. Banyak tugasan yang sepatutnya dilakukan berdua dengan suami, terpaksa kamu lakukan seorang. Inilah namanya pengorbanan. Dengan adanya internet, kami yakin kamu mampu mengatasi masalah kecil seperti membaiki kerosakan di rumah, membayar bil dan sebagainya.

Dengan menyertai BAKAT, kamu akan lebih ramai kenalan di kalangan isteri-isteri tentera. Kamu boleh berkongsi pendapat atau masalah kerana mereka mungkin lebih banyak pengalaman dari kamu. Ini juga dapat menghindarkan kamu dari kesunyian apabila suami bertugas di luar kawasan.

Antara tujuan BAKAT ditubuhkan ialah:
Menambah dan meninggikan lagi pengetahuan di dalam hal ehwal pengurusan rumah tangga, pengetahuan am serta aspek-aspek sosial dan kemasyarakatan termasuklah seni dan kebudayaan.
5) Sering berkomunikasi
Komunikasi adalah sangat penting. Walau sesibuk mana pun kamu, pastikan kamu mengambil berat akan perkembangan suami kamu dan sebaliknya. Sekurang-kurangnya hubungi antara satu sama lain sekali sehari. Dan apabila ada peluang untuk meluangkan masa bersama, ambil masa itu untuk saling mendengar dan menyelami hati masing-masing.

Mungkin ada yang berkata, “Wah susah betul jadi isteri tentera!” dan mungkin ada yang takut. Jangan takut! Di mana pun kita berada, siapapun suami kita, cabaran itu tetap akan ada. Ada banyak kelebihan menjadi isteri tentera. Baca halaman sebelah untuk mengetahuinya.

Kelebihan menjadi isteri tentera:
1. Mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan perubatan, perumahan dan sebagainya
2. Keistimeweaan anak-anak tentera; seperti kemudahan kenderaan ke sekolah.
3. Pertukaran tempat kerja suami kamu akan memberi kamu peluang untuk berada di tempat yang baru (sekiranya kamu mengikut suami kamu). Lebih banyak pengalaman kamu akan perolehi. Jauh berjalan, luaslah pengalaman.
4. Masa depan yang cemerlang!


Selamat melayari bahtera rumahtangga bersama abang askar!




17 comments:

  1. Dah merasa pjj dengan suami dulu. Dia kt kluang akak kt jempol.tahun pertama bergelar isteri dh kena tinggal beraya sorang2 sebab suami ada operasi di lankayan sabah 3 bulan..huhuhu...

    Bukan mudah bila bersuamikan seorang tentera.sebagai isteri hati kena sado

    ReplyDelete
  2. Semoga kak yaya kuat dan sabar.. eh ehhh hehehe.. ena dulu masa muda mudi pernah kapel dengan Navy.. Dia pergi belayar dalam 3-6 bulan.. memang jarang kontak.. last2 ena yg tak tahan... ena pergi camtu je.. hurmmm sedih pula fikir ena buat dia camtu... bukan jodoh mungkin, smoga dia temui perempuan yg kuat dan sabar berjauhan...

    ReplyDelete
  3. bakal suami yaya tentera rupanya..Tahniah..orang yang kuat semangat je yang terpilih ni..heheh..Dulu masa akak kerja ramai juga kawan2 yang suami diaorang tentera..akak nampak banyak kelebihan yang diaorang dapat..lagi2 kalau tinggal kat kem..

    ReplyDelete
  4. bab berjauhan tu stju. kena sentiasa ready mental. and kalau ade peluang untuk pindah duk same same, sila la jangan tolak. ade je yang menolak. hmm tak paham jugak kenapa dia tolak --'

    ReplyDelete
  5. Ayah sy dan bakal suami tentera....so byk jgk pengalaman jd ank tentera...slalu dtggalkn,so mmg dh prepare mental & fizikal sblom bgelar wife army....

    ReplyDelete
  6. Bila berkahwin demgan navy lebih memerlukan pengorbanan nak2 bila suami belayar.. 3bulan sekali baru dpt jumpa. Da pernah merasa masa duduk sabah dulu.. bila cerita panjang.. bertabahlah selagi menjadi isteri anggota tentera

    ReplyDelete
  7. Suami saya pon seorang tetera..susah juga nak paham jiwa tentera..sebab disiplin nya terlalu jauh dengan dri sye yg selalu endah xendah..ape pon alhamdulillah..kami dah mendirikan umah tangga selama 9 bulan dan bakal terima cahaya mata pertama kami pada thun depan in shaa Allah..doakan kami yea..

    ReplyDelete
  8. Suami saya pon seorang tetera..susah juga nak paham jiwa tentera..sebab disiplin nya terlalu jauh dengan dri sye yg selalu endah xendah..ape pon alhamdulillah..kami dah mendirikan umah tangga selama 9 bulan dan bakal terima cahaya mata pertama kami pada thun depan in shaa Allah..doakan kami yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah,,doakan saye yew,,
      hehehehehe,,
      😁😁😁😁😁😁😁

      Delete
  9. hati kena sado bila brpasangn ngn tentera...sling prcya n jjur..insyaAllah..hub.akn kekl selmanya..kmi brjauhn brmula dri brtunang n jmpa2 utk kawen.n.leps kwen..trus pjj sehgga sekrg..

    ReplyDelete
  10. Hrmmm sy sbnr nye x nk cple ngn tntra ...apa pn bidang dlm atm ..tp smkin menjauh kn diri dr mereka ,semakin dekat lak ..hrmmm cabaran bpsangan ngn mereka mmg agak mncabar apa lg sering berjauhan akibat tugas kja masing...sorang kat tanah melayu sorang lg di negeri bwh bayu...tugas sbg tntra bkn senang,masa mreka bkn spt msa kita ..kdg masa mereka x cukup untk diri mreka sndiri pa lgi untk psngan .. paling parah bila berbulan2 xdpt berhubung bila mreka operasi d tmpt yg xpunya line internet ..tuhan jak tahu perasan tyme tu ..rndu xterkata ...bcinta ngn atm kna sedia bcinta ngn kwen ngn tugas dn kja dia jga ...bkn mudah tuk bpsangan ngn atm...kna ada kekuatan mental baru bhgia ...pesan sy tuk sape2 yg bcinta or tgh cple ngn atm...sedia kn mental anda smua ...sedia berkorban ...

    ReplyDelete
  11. uu kak yaya. be strong nnti ya kakak sado

    ReplyDelete
  12. Adohhh takot plak nk kwen ngan tentera nih...dah la ati budinye x knal 100% lg nih...dr dlu x suka ngan tentera..tup2 bakal suami tentera...harap2 dpt hadapi dgn tabah la...doakn sya yea kwn2 huhu....

    ReplyDelete
  13. Yes hti kna sado..sya pjj ngn suami sjak dri alam tunng n nikah lgi..kami seorg di tawau sorg di kedah..tmpoh 3-7 bln xjmpa tu dh jdi asam gram sbb bila sya cuti sek suami xde kat kem nk jmpa sbb ops /kursus..join mnmbak cmtu la..dh pjj 2thun 9 bln..msh mnghrp tnggal sbmbng..hti kan sado ye sbb smua kita buat sndri..

    ReplyDelete
  14. Hati, mental, fizikal semua kema sado nak lahwin dengan tentera ni.. In Shaa Allah, yaya mampu tempuh semuanya nanti dengan sabar & tenang..

    ReplyDelete
  15. Tahniah yaya welcome to the club..be strong girl x semua wanita bertuah dpt duduk sebumbung bersama suami dlm tempoh perkhidmatan.Eg. like me along 13yrs married n 6yrs pjj demi kerjaya dan nawaitu utk mencari ilmu mmg penuh masam dan manisnya. Alhamdulillah keseimbangan kami mencari waktu utk quality time xpernah kami sia2kan.Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Pucuk pangkalnya bila kita berkahwin dgn mereka ini, jiwa kena kental, percaya antara satu sama lain itu wajib ada dan sentiasa bertolak ansur.

    ReplyDelete