6 October 2016

(Video) #PrayForBusan : Gelombang Ombak Tinggi di Busan

Korea Selatan, 5 Okt - Taufan Chaba yang melanda di beberapa bahagian di Korea Selatan, termasuk Busan, telah menyebabkan ribut kencang, hujan lebat dan juga gelombang ombak kuat sehingga air melimpah dan menjejaskan kawasan penduduk.

Setakat ini, bencana itu dilapor telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat nyawa dan tiga yang lain hilang.

Menurut laporan koreanherald, bahagian yang paling teruk terjejas adalah pulau Jeju dan beberapa kawasan di bandar Busan serta Ulsan.



Di media sosial, hashtag #prayforbusan mula menjadi trending bersama dengan beberapa video kejadian yang merakamkan ribut itu mengganas dan ombak melimpahi sempadan seterusnya menjejaskan kawasan penduduk.

Antara video yang dimuat naik termasuklah detik cemas penumpang sebuah kenderaan yang dipercayai bas apabila kenderaan itu dihempas dengan ombak yang kuat.

Taufan Chaba kini dilaporkan dalam perjalanan ke negara Jepun.




1 comment: