24 November 2016

Update Blog Ketika Dating


Assalamualaikum selamat pagi korang..hope semua urusan korang berjalan dengan lancar hari ni ea..in shaa Allah..first of all nak tanya kat bloggers laa kan , kikiki .. siapa di antara korang pernah update blog ketika dating ?? Angkat tangan.. angkat tangan kat sana tu. Tipu laa kalau tak ada kan ?? Kikiki ...

Actually yaya dulu - dulu mana ada sangat nak update blog ni , nak - nak waktu jalan - jalan kan.. tapi lepas yaya tunang baru - baru ni jer yaya selalu update blog ni.. sebelum - sebelum ni pun yaya pernah jugak update blog bila free sikit takda kerja nak buat ( sebelum tunang ). bukannye ape tau , ini kira sumber rezeki kita. Inilah cara kita cari rezeki kan ? Kerja blogging ni bukan sahaja boleh dijadikan sebagai hobi tau..malah boleh juga jadikan sebagai kerjaya samada hakiki ataupun partime. Macam yaya buat partime jer . Tapi bila lama - lama ni dah jadi macam fulltime pulak.. kikiki ...

Okay , yaya ngaku yaya pernah update blog masa yaya tengah dating dengan fiance yaya. Tapi , tapi...bukannya update blog masa tengah berborak atau makan ke ye ... macam contoh lepas tengok wayang , sementara menunggu fiance yaya keluar dari tandas , yaya akan update sikit - sikit dulu laa kat dashboard ni..haa..

Kalau tak pun , sementara menunggu fiance merokok kejap ke kan , yaya keluarkan handphone kejap , update laa sikit - sikit kerja blogging ni haa..bila ada kerja nak buat , tak ada laa yaya duk diam jer kan..ada jugaklaa yaya tangan ni bergerak sikit buat kerja blogging..haa..kan elok tu..hihi..

Ingat lagi masa fiance yaya tengah menyembang dengan rakan - rakan lamanya ketika berada di majlis perkahwinan rakan sekolah fiance yaya , yaya ni kira awal - awal macam penyegan jugaklah..yaya kurang minat nak menyampuk orang tengah bercakap. Jadi , sementara menunggu fiance yaya sembang - sembang dengan geng lama dier , yaya update dulu blog sikit - sikit. Hihihi...

Kadang tu bila sebelum dan selepas yaya pergi dan balik dari dating dengan fiance yaya , tangan ni update jugak blog ni..hihi...tak tahulah kalau fiance yaya perasan ke , tapi yaya tak pernah beritahu pada fiance yaya kalau nak update blog ketika berdating. Nanti lah bila - bila masa yaya beritahu pada fiance .. kikiki ...

Okay , nak buat entry seterusnya...tengok. haa ..gigih noo buat kerja . Selamat bekerja !!!

1 comment: