9 December 2016

MAU PLUS | POLYGON


Holla members..!! how are you today? hope sihat belaka yah! alalalaa cantiknya rambut korang yea. tapi kan kalau nak lebih cantik lagi yaya suggestkan guna brand ni untuk set penjagaan rambut korang.hiks...yaya teruja tau sebab dapat set penjagaan rambut ni. Sebenarnya dah lama jugaklaa yaya nak buat hair treatment ni. Memandangkan yaya dah lama tak buat topup rebonding & hair colouring , rambut da jadi kusut masai sikit..huwaa..sedih tauu..

Hari tu ade jugak pernah yaya buat hair treatment dekat satu tempat hair saloon ni..tapi yaya ambil pakej murah sikit sebab save bajet sikit..haa..so maintain kejap jelah kan..jadi ni bila dah ada set penjagaan rambut ni siap bole buat hair treatment sendiri di rumah, tak payah la susah payahh haku ke hair saloon tuh...kikiki...buat sendiri hair treatment dekat rumah. mudahhhh...

Keyh laa. nak ajar ni step by step nak jaga rambut agar bertambah berseri - seri rambut korang..hiks...ikuti langkah - langkah di bawah tau...

Mau Plus Scalp Balancing Cleanser 

Mula - mula korang guna dulu Mau Plus Scalp Balancing Cleanser...korang cuci - cuci dulu rambut sampai segar terasa. Nikmatnya guna pencuci ni bila korang cuci rambut, rasa segarrr sangatt, berangin jer rasa tau...bestt ngat ngatt..

Pencuci ni bagus tau , mana yang ada masalah kekurangan rambut ,sesuai gunakan pencuci ni . Selain tu, bertindak membuang lemak hidrofobik di rambut selain menghasilkan rambut baru yang lebih sihat. 


Mau Plus Scalp Spa Treatment

Langkah kedua yang perlu dilakukan adalah korang harus gunakan Mau Plus Spa Treatment sebabnya ia adalah rawatan spa yang menyburkan , melembapkan, membasmi kuman dan memberi tenaga untuk menjadikan rambut mudah terurus.

Rawatan spa ini juga mengandungi bahan-bahan organik dari Eropah yang bertindak untuk melegakan kulit kepala agar bebas daripada kekeringan, mengelupas serta kegatalan di kulit kepala selain mengekalkan keseimbangan kulit kepala.

Hair Follicle Revitalizer 

Bagi langkah ketiga, gunakan Hair Follicle Revitalizer yang menyediakan penjagaan khas tambahan untuk rambut kelihatan lebih banyak. Sesuai bagi mereka yang ada botak sedikit di celah-celah rambut..hihi...

Hair Follicle Revitalizer juga bertindak melindungi kulit kepala terhadap kesan phottoxic cahaya matahari. Ianya membantu untuk memperbaiki peredaran mikro dan meningkatkan peredaran mikro dan meningkatkan aliran darah ke kulit kepala. Hair Follicle Revitalizer juga merangsang nutrien yang memberi tenaga dan meningkatkan pengambilan nutrien oleh folikel rambut dan meningkatkan produktiviti folikel.



Mau Plus Hair Serum

Mau Plus Hair Serum adalah langkah terakhir yang perlu dilakukan kerana ianya merupakan bahan yang paling terpenting, diperkaya dengan minyak halia sejuk. Kehadiran minyak halia sejuk ini amat berkesan bagi memberikan nutrrien kepada folikel rambut dan juga menguatkan rambut dari akar.

So, amacam ? harap puashati perkongsian yaya petang ni berkaitan penjagaan rambut. Lepas ni korang boleh dapatkan set penjagaan rambut POLYGON !! 

No comments:

Post a Comment