Haiii assalamualaikum..
Terkini perkembangan yaya sekarang berada di Johor Bahru kalau
korang nak tahu lah..sejak yaya dapat cuti 2 bulan selepas tamat kontrak
syarikat lama yang yaya berkhidmat dulu , kini yaya dah masuk bulan kedua
fulltime blogger hokey..fuhhh..rasa seronok giler seyhh! Nak kata teruja pun
boleh tahanlah sebab yaya sebenarnya kan , dah bosan tau bekerja bawah arahan
bos atau majikan..hahaa…so bila sekarang ni dah boleh dikatakan fulltime
blogger , yaya lebih selesa dengan life yaya sekarang tak terikat dengan
mana-mana kontrak. See?? Bebas kan?? Woohooo!!
Let said, actually yaya teringin sangat nak pergi jenjalan tau.
Asyik jadi beauty blogger jerk kan. Teringin nak jadi travel blogger ke , syok
giler la sebab dapat pergi round satu dunia..woohoo!syok giler seyh!
Malaysia ni banyak sangat tempat yang menarik untuk pergi bercuti
yer. Cerita pasal jalan-jalan , nak ke mana-mana mesti wajib ada tempat tinggal
kan?! So tengok sini..memperkenalkannnnn…. Sekinchan Hotel !! Apa yang menarik
untuk korang patut tahu di sini? Meh yaya story .
Melihat keindahan alam yang memukau penglihatan pengunjung,
Sekinchan Hotel adalah salah satu tempat yang sesuai untuk bercuti. Boleh
dikatakan suasana di sana amat nyaman dan harmoni membuatkan korang jatuh cinta
terutama bila dapat melihat sawah padi yang terbentang luas. Sekinchan adalah
sebuah Bandar kecil di mana terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor yang mana
di sepanjang laluan Pantai Persekutuan iaitu diantara bandar-bandar Sabak
Bernam dan Tanjung Karang. Untuk pengetahuan , Sekinchan juga merupakan lokasi
utama bagi hasil laut dalam Negeri Selangor!! Wahhh seronoknyaaaa….nak lagi
seronok , di sini juga terdapat Sekinchan Hotel dan Homestay untuk korangg
korangg semua menginap. Hotel dan homestay ni kalau tak bertaraf bintang pun,
tapi kemudahan yang disediakan tu pergghhh meemangg puas hati giler seyhhh…
Bila dah sampai sana, jangan lupa untuk bermalam di Farm Villa
Café dan Homestay sebab ini akan membuatkan korang rasa sangat-sangat teruja
terutama pemandangan alam yang amat indah. Homestay yang dibina dengan gabundan
kontena yang dikenali dengan nama “Sekinchan Container Hotel” ini menampilkan
10 buah kontena dengan rekaan moden. Korang boleh pergi di bahagian atas untuk
berehat dan menenangkan fikiran. Di situ korang dapat melihat pemandangan sawah
padi yang cantik tanpa gangguan televisyen dan Wi-fi.
Di homestay ini terdapat ruangan di mana sesuai dijadikan tempat
bermain trampoline dan kawasan putter untuk golf yang mana dikelilingi dengan
sawah padi yang amat luas. Di samping itu, pengunjung yang datang ke sini boleh
juga menyewa basikal atau kereta kompak untuk pergi bersiar-siar di kawasan
bendang mahupun sekitar kampung. Amacam? Seronok sangat kann?!! Korang try laa
riki-riki dekat https://www.traveloka.com/en-my/ . Kat sana korang boleh pilih kat mana korang
nak stay in. Tapi ikut bajet korang laa kan..jangan membazir pulak..kikikii…
Fuh…panjang tau story yaya ni..haha…okay , nak tahu apalagi yang
korang akan rasa seronok di Sekinchan tu? Bila korang sampai sana, jangan lupa
untuk ke Kuala Selangor Nature Park yang mana terletak di tepi muara Sungai
Selangor. Di sana adalah sebuah taman yang amat popular terutama pada bulan
September sehingga April. Sebab apa yaya kata macam tu? Sebab di sana adalah
sebuah taman yang menjadi persinggahan burung-burung dari luar negara dan
tempatan……..whoaaaaa…seronoknyaaaaa. Selain dapat meilhat burung-burung liar,
di sana juga korang boleh lakukan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya
adalah meredah hutan paya bakau, melihat binatang paya bakau yang liar, serta
dapat join jungle tracking!! Ahaa..ada lagi nak bagitahu ni, terdapat juga
aktiviti menarik di sana yang korang boleh dapat lihat adalah serangga
kelip-kelip di Kampung Kuantan. Eh, korang mesti pernah dengan nama kampung ni
kan?
Kalau korang tak pernah tengok lagi dan rasai sendiri pengalaman
ni, korang bolehlaa ke sana untuk melihat kecantikan kelip-kelip di sepanjang
sungai. Please makesure, bawa sekali mosquito repellent supaya tak kena
lovebite dengan nyamuk-nyamuk nakal di sana tu..hikss…tapi kan, kat sini
sambil-sambil tu yaya nak suggestkan untuk korang menginap di beberapa KualaSelangor hotel di sana tau..
Apalagi nak cerita yang menarik ni? Banyak lagi tempat-tempat
menarik di Sekinchan kalau korang nak tahu. Di sana terdapat sebuah pantai yang
sangat sangat cantik yang diberi nama Pantai Redang. Pernah pergi tak? Tak
pernah? Ahaa..meh nak story.
Pantai Redang yang sememangnya lokasi menarik untuk lihat matahari
terbenam. Sesuai untuk mereka yang baru berkahwin, boleh sweet-sweet di
sini..gittew… Pantai ini agak tersorok sedikit, namun ianya sering menjadi
tempat pelancong datang ke sini. Tak jauh dari situ, terdapat sebuah jeti yang
diberi nama Jeti Sungai Labu, Bagan Sekinchan di mana menjadi pusat pendaratan
para nelayan untuk memunggah hasil-hasil tangkapan di sana. Adalagi ni , di
pulau ini wujudnya sebuah Menara Tinjau yang tingginya 100 meter ke
atas…whoaaaa….tinggi giler…. Jadi, please korang jangan lepaskan peluang panjat
menara tu untuk melihat suasana perkampungan di pulau.
Nak tahu apalagi yang korang boleh buat di sana? Huwaaa banyak
tauuu..sangat-sangat banyakkk…di sana korang boleh mengetahui selok belok
seharian kerja-kerja nelayan menangkap ikan. Selain tu, korang bolehlah
mendapatkan pakej bersama nelayan untuk menaiki bot dan pergi ke laut untuk
turut serta menangkap ikan dalam suasana sebenar. Tapi korang kena ingat, benda
wajib pergi bercuti mesti kena tempat menginap. Di sana terdapat beberapa Sekinchan Hotel dan homestay yang disediakan untuk para pelancong.
Tak tahu apalagi tempat menarik bila tahu korang ni memang suka
buat Sekinchan day trip ?? apa kata korang ke kilang beras pula untuk buat
lawatan…hahaaa…. Sekinchan tu kalau korang nak tahu, ianya juga adalah tempat
pengeluar hasil beras yang tinggi di Malaysia tau , iaitu PLS Marketing (M) Sdn
Bhd (Kilang Beras atau Rakyat Sekinchan Sdn Bhd) adalah salah satu kilang
pemprosesan padi di sana.
Bila dah sampai ke kilang ni, korang akan dipaparkan dokumentari
pendek sejarah Sekinchan dan juga aktiviti pesawah dari zaman dulu sehingga
sekarang. Sememangnya amat banyak perubahan di sana dan menjadi lebih moden.
Tak lupa juga , korang boleh melihat sendiri cara pemprosesan beras dan membeli
beras istimewa yang dikenali sebagai beras mutiara. Apa yang menariknya di sini
, terdapat muzium padi istimewa yang lebih dikenali sebagai beras mutiara.
Alaa… yang macam kat dalam televisyen korang selalu dengar, kan?
Lebih menarik lagi di kilang ini juga terdapat muzium padi yang
korang akan kenal beberapa peralatan dan juga replica mesin yangpernah
digunakan oleh pesawah. So, apalagi yang korang nak ragu-ragukan ? Pilihlah
lokasi ini untuk dimasukkan ke dalam diari percutian di Selangor. Korang akan
rasa sendiri keindahan di sana bila jadikan Sekinchan juga merupakan tempat
percutian yang amat menyeronokkan!
Moga perkongsian yaya kali ni benar-benar buat korang decide untuk
ke sana!
Salah satu tarikan yang ada di Selangor. Ramai juga tak tahu lokasi Sekinchan ni kat mana, walaupun dah lama tinggal di Selangor
ReplyDeleteKilang beras ni boleh masuk walk in terus ke sis...atau Nak kena buat appointment dulu?
ReplyDeleteKilang beras ni boleh masuk walk in terus ke sis...atau Nak kena buat appointment dulu?
ReplyDelete