Memang cemburu dengan rakan begini. Sebenarnya apa yang berlaku pada anda ini mungkin kerana salah satu daripada empat faktor berikut...
1. Salah pilih makanan
Walau pun anda makan sedikit tapi jika makanan yang diambil tak sihat ia memang akan menyebabkan kegemukan. Makan sepotong kuih pun kandungan kalori dan gulanya banyak.
Cuba kira untuk sarapan dan makan petang berapa biji kuih anda makan. Ditambah pula anda kerap minum air yang manis. Mungkin inilah yang buat berat badan naik.
2. Anda sedang stres
Ketika stres, berat badan boleh cepat naik walaupun anda makan sedikit dan menjaga apa yang diambil. Ini kerana ketika anda stres keseimbangan hormon akan terganggu.
Hormon stres iaitu kortisol contohnya, meningkat sewaktu fikiran dan jiwa tertekan. Peningkatan hormon inilah yang boleh menyebabkan pengumpulan lemak di bahagian perut.
3. Tidak cukup tidur
Tidak cukup tidur juga boleh menyebabkan tubuh jadi gemuk. Leptin dan ghrelin adalah dua jenis hormon yang berfungsi untuk mengawal nafsu makan.
Fungsi hormon ini akan terjejas jika tidak mendapat tidur yang cukup. Akibatnya kita mudah rasa lapar. Sistem metabolisme tubuh juga akan turun kerana kurang tidur. Kesannya berat badan akan cepat naik.
4. Anda mengidap hipotiroidisme
Kalau anda sudah menjaga pemakanan tapi berat tetap juga meningkat satu lagi kemungkinannya adalah anda sebenarnya mengalami masalah kesihatan.
Salah satu penyakit yang berkait adalah hipotiroidisme. Penyakit hipotiroid atau hipotiroidisme merupakan keadaan kelenjar tiroid kurang aktif dan gagal untuk mengeluarkan cukup hormon ke dalam aliran darah.
Kelenjar tiroid berfungsi untuk menjaga metabolisme tubuh. Oleh itu jika kelenjar tiroid bermasalah, maka berat badan juga sukar untuk dikawal.
nice share...
ReplyDelete