5 January 2017

"31 Days Challenge by JDT Blogger" - Day 1 "Siapakah Saya ?"

Assalamualaikum..


Sampai sudah kita kempen 31 DAYS CHALLENGE anjuran khas dari JDT BLOGGER yang berlangsung selama 31 hari in shaa Allah , sampai ke hari terakhir yaya cuba gigihkan untuk buat penulisan yaya..hihii..

Okay, sebagai permulaan, hari ini soalan pertama adalah SIAPAKAH SAYA ? 

Tudia haaa...soalan...okay, nak ceritakan memang panjang, so kita ringkaskan tapi padatlah ye..hiks


Pada tanggal 9 Ogos 1990, lahirnya seorang puteri sulung kepada Prebet Nordin dan Roszaina yang comel lagi manja , yang diberi nama Nurhidayah binti Nordin. Nama timangan yang diberi ialah yaya. Yaya dilahirkan di Hospital Daerah Kluang, Johor di mana ketika itu disambut oleh jururawat di bilik bersalin dan di iqamatkan oleh arwah atuknya, Allahyaryam Ahmad. Kenapa tak diiqamatkan sendiri oleh ayah yaya ? sebab ketika itu ayah yaya bertugas di MINDEF Kuala Lumpur dan tidak dapat cuti, dalam seminggu selepas itu barulah ayah dapat dukung saya..hiks..



Bila ayah dah selesai urusan di MINDEF, ayah dan ummi bawa yaya ke rumah baru di Kem Batu 10, Pahang. Di situ adalah kem tentera udara yang mana ada juga unit-unit tentera darat di situ. Apa yang ummi pernah ceritakan pada yaya, masa baby dulu yaya susah nak senyum dengan orang. Mulut tu tutup rapat jer, tak peramah dengan orang..hehee...orang kata macam ada ikan emas kat dalam mulut tuh. 


Masa yaya tengah baby, ummi ayah ceritakan yang yaya dulu tak suka disentuh. Bila disentuh akan marah. Lepas tu mulalah menangis. Tapi jenis yaya menangis dulu masa baby takde lah mengamuk kuat-kuat terjerit-jerit..hehe...


Bila dah meningkat kanak-kanak, yaya dah dapat adik sorang, iaitu Habibah yang diberi nama samarannya adalah Norha. Gambar ni masa yaya umur 4 tahun. Ketika ni kami sekeluarga telah berpindah ke kuarters di Kuala Lumpur. Ayah dah naik pangkat Koperal masa tu. Jadi dapatlah ayah bertugas di MINDEF. Actually kalau korang nampak anak patung tu sebenarnya anak patung yaya tau. Tapi yaya tak kawan sangat anak patung tu sebab yaya takut dengan anak patung, sampailah sekarang...hehehe



Umur 5-6 tahun yaya menuntut ilmu di Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Lumpur. Bila dah naik darjah 1-2 , yaya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Delima, Kuala Lumpur. Kira lama jugaklah yaya kat sana dulu 6 tahun macam tu di Kuala Lumpur. 



Bergambar bersama-sama dengan arwah tok bah, arwah nek yang, maktok, ummi ayah, pak itam, maksu. Yaya dengan angah pakai gaun yang sama..hihi..tapi bezanya kami adalah yaya muka ala-ala jawa sikit. Angah pulak muka ala-ala bugis gitu..Uda yang tengah nangis tu buat spoil jer gambar.hiks...


Kalau nak tahu, yaya banyak ikut arwah tok bah yaya. Kecil=kecil orangnya, halus, rambut lurus, leher jinjang dan muka bujur. Belah arwah tok bah adalah keturunan Melayu Jawa. Belah maktok pula adalah Melayu Bugis. Sebab tu dalam adik-beradik, muka kami tak sama..hihi...

Bila dah naik darjah 3, ummi ayah tumpangkan yaya kejap di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Johor. Masa tu sebab ayah bertugas di Kem Majidee, Johor Bahru. Kitorang tak dapat kuarters lagi masa tu, jadi kitorang menyewa dulu di kampung maktok belah ummi yaya. 


Ayah kena posting masa tu dah naik Leftenan. Bila kuarters dah diluluskan, kitorang berpindah ke Kem Majidee dan yaya bersekolah pula di Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera Malaysia ketika darjah 4-6. 


Okaylah, ini cerita lepas 3 tahun, ayah diminta posting ke Kem Desa Pahlawan, Kelantan. Masa tu yaya dah pun naik tingkatan 1. Ikutkan kami kena posting kat Sibu, Sarawak tau..hahaa..tapi sebab ummi yaya berkeras jugak tak setuju.

Pindah kat Kem Desa Pahlawan cuma setahun jer. Kami berjiran dengan keluarga anggota tentera Pakistan. Tentera Pakistan tu adalah seorang doktor yang bertugas di kem tersebut. Isteri dan juga anaknya kadang-kadang bosan, jadi kami macam mana pun jadi kawan jugaklah. Tapi perbualan kami macam rojaklah,...kikiki...tapi yang seronoknya macam-macam kami bertukar-tukar resepi masakan..hihi


Masa tingakatan 1, ada dua sekolah yaya ditempatkan. Satu, Sekolah Menengah Agama Shamsul Maarif (P), dan lagi satu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas. 

Bila yaya dah naik tingakatan 2-3, alhamdulillah kami sekeluarga dimurahkan rezeki, ayah naik pangkat Kapten. Jadi, kami berpindah pula ke Kem Batu 3, Temerloh, Pahang. Ketika tu, yaya bersekolah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya. 


Masa ayah dah nak naik Mejar, kami sekeluarga berpindah pula ke Kem Batu 10 semula, di Kuantan, Pahang. Ketika itu yaya naik tingkatan 4 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Pahang. Di sekolah ini yaya aktif dalam Kelab Koir dan Teater. Memang seronok sangat sebab yaya suka menyanyi..hiks...

Yaya dan kawan-kawan peroleh pelbagai anugerah dalam pelbagai pertandingan. Persembahan teater yang paling yaya tak boleh lupa adalah Mencari Cahaya. hehehee.... 


Ketika umur yaya naik 17 tahun, kami sekeluarga pulang ke tempat asal kami di Simpang Renggam, Johor. Tingkatan 5 yaya bersekolah di Sekolah Menangah Kebangsaan Simpang Renggam. Yaya memang takda ramai kawan kat Johor ni. hihii...kawan-kawan sebelum-sebelum ni dah bersepah. Masa dulu bukan macam zaman sekarang kan...jadi susah sikit nak berhubung..hehehe...

Habis jer yaya ambil SPM, yaya pergi belajar di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Banting. Di situ yaya ambil jurusan Multimedia Interaktif selama setahun setengah.


Yaya nak belanja sikit gambar konvokesyen ketika yaya menyambung pengajian ke peringkat Diploma Seni Lukis Seni Reka di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berasa amat bersyukur sebab dah berjaya beri pulangan kejayaang buat ummi dan ayah. Di sepanjang pengajian,pelbagai cabaran yang yaya dan buddies yaya tempuh. 

Kitorang kalau ada masalah kewangan sama-sama kongsi duit, kongsi makanan. Kalau ada masa terluang, kami pergi berniaga untuk tampung kos perbelanjaan seharian..hihi...

Terima kasih ummi ayah..

Rasa bebas tau bila dah tamatkan pengajian. Gambar ni ketika habis photoshoot dengan btuik Aireens Bridal..gambar diambil oleh rakan yaya. Masa ni rasa macam comel sangat..hehee..kurus jer time ni..heheee...

Pekerjaan pertama selepas tamat pengajian, yaya menjadi jurujual di sebuah Pasaraya SAKAN. Lepas tu yaya bosan kerja tu..hehee...yaya bekerja pula di bilik gerakan UMNO Bahagian Simpang Renggam. Selepas habis jer kempen undi beberapa tahun yang lalu, yaya bekerja pula di sebuah butik iaitu Irish Lavender. Kat situ juga yaya dapat kawan yang mana yaya rajin juga ikut pergi mengandam...hihi...


Umur yaya dah naik 23 tahun, yaya bekerja pula di Jabatan Kerja Raya sebagai kerani kontrak di situ iaitu Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Menara PJD, Kuala Lumpur. Alhamdulillah lepas tamat kontrak, yaya dapat juga jawatan yang sama di beberapa jabatan yang lain iaitu Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM), Putrajaya. Bekerja juga jawatan yang sama di Kementerian Sumber Manusia (KSM), Putrajaya. 

Bila rezeki dah murah sikit, yaya bekerja pula sebagai kerani di sebuah syarikat penyelenggaraan di Menara Usahawan, Putrajaya.


Gambar ini ketika yaya bekerja sebagai partime jadi pelayan VIP untuk syarikat katering di area Kuala Lumpur dan juga Selangor. Yaya pun tak ingat dah apa nama syarikat tu..hiks... selain itu, yaya juga pernah bekerja partime jadi housekeeping di dua buah hotel di Serdang, Selangor. Lepas tu yaya tak tahan dah jadi partime kat hotel tu..so yaya ambil keputusan untuk berhenti..hehee...


Ketika ni yaya dah mula aktif semula dalam dunia blogging yang selama ni yaya pernah tinggalkan sebab masa tu tengah study kan. okay, nanti untuk next entry, yaya ceritakan macam mana yaya berblogging yer :)


Actually yaya kurang minat bercerita sikit personal yaya di belog..hiks..tapi bila nak kenakan dengan tajuk kita hari ni , iaitu "Siapakah Saya ?" , jadi yaya sudi untuk ceritakan serba sedikit status yaya yang mana korang sedia maklum..yaya dah pun bertunang..Tunang yaya adalah seorang anggota tentera dan kami dah pun mengikat tali pertunangan ini pada 9 Julai 2016, tahun lepas. 

Sebelum korang  tanya bila nak kahwin ? lebih baik korang jangan cuba-cuba nak tanya.hahahaa...sebab hanya kami yang tahu bila masa sesuai. Al maklumlah...yaya bukannya bersama dengan orang awam, tapi yaya bersama dengan anggota keselamatan negara..hihi..

Terima kasih kerana sudi membaca "Siapakah Saya ?" hingga ke akhir penulisan...

fuhhhh....setel sudah task pertama untuk "31 Days Challenge by JDT Blogger" - Day 1 

esok in shaa Allah yaya akan kongsikan gambar-gambar pada setahun yang lalu..

- bye - 

12 comments:

  1. Wahh..kecik2 dh round malaya yea yaya

    ReplyDelete
  2. Fuh! Anak pesara tentera rupanya...
    Ai ai captain! Encik tunang pun dikalangan tentera gak.. fuhh

    ReplyDelete
  3. bestnya merata dah yaya merantau..

    ReplyDelete
  4. Baru lah kenal Cik Yaya ni.
    Salam kenal Yaya.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum yaya...wah !! mmg nampak comel dr kecik...dah dewasa ni lagilah comelnya...baru tahu yaya anak seorang anggota tentera...

    ReplyDelete
  6. wah wah..... dasyat boleh ingat saat2 dari kecik ye..

    ReplyDelete
  7. hye cik yaya. so comel dari kecik. heheh


    *a visit from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-1-siapakah-saya.html

    ReplyDelete