SALAM 1 MALAYSIA Assalamualaikum...
Bagi
semua umat Islam inilah dia jadual untuk bayaran zakat fitrah di
seluruh negeri di Malaysia pada tahun 2014/1435H..terdapat sedikit
penurunan dan kenaikan di setiap negeri...kadar zakat di negeri Johor
pada tahun ini bersamaan dengan tahun yang lepas RM8..tak kiralah berapa
kadar yang ditetapkan itu yer kawan-kawan sebab membayar zakat fitrah
ni adalah perkara wajib perlu kita lakukan setiap tahun..semoga zakat
yang kita hulurkan ini akan diberikan dan dapat digunakan dengan
sebaik-baiknya pada mereka yang memerlukan...
Hukum mengeluarkan zakat fitrah
1-Wajib dibayar mulai dari sekarang hingga terbenam matahari akhir Ramadhan hingga terbit matahari 1Syawal
2-Paling afdal sebelum solat sunat Aidilfitri
3-Sunat sepanjang Ramadhan
4-Makruh selepas solat sunat Aidilfitri hingga matahari terbenam 1Syawal
5-Haram
selepas terbenam matahari 1Syawal (hukum berdosa tetapi wajib
ditunaikan dan dikira qada' jika dilengah akan bertambah dosa)

1 perkongsian yang baik :)
ReplyDelete