23 February 2015

Dugaan apa yang kita akan terima apabila kita berubah?

Assalamualaikum

Boleh tak hari ni aku nak straight to the highway?tapi tak straight sangat ada selekoh sikit.Ramai betul yang message aku tanya pada aku macam mana nak jadi kuat dan apa dugaan yang aku dapat waktu aku berubah,dan ada jugak yang tanya pada aku macam mana nak berubah?Alhamdulillah kamu ada niat nak berubah tapi kalau niat je,tapi tak usaha,perubahan itu tak akan berlaku.Yela setiap benda yang kita nak kita kena usaha kan?Tapi kalau kita nak berubah kenapa kita tak berusaha?Gitteww.

Baiklah,marilah aku telitikan satu-satu dugaan apa yang kita dapat waktu kita berubah ke arah kebaikan,ke jalan Allah.Ingat!Dugaan ini untuk menjadikan kita lebih matang dan belajar dari sesuatu.Hidayah tu bukan datang bergolek-golek macam bola,tapi kita yang kena usaha untuk mendapatkan hidayah itu.Walaupun kita berubah sebab takut akan mati,takut akan kiamat,itu bagus kerana itu bermakna kita takut akan Allah.Teruskan usaha mencari hidayah itu.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (2:286)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka"(Surah Ar-Rad:11)




#Kawan yang sama-sama keluar dan gelak ketawa akan meninggalkan kita
Well,aku rasa ni semua akan dirasai oleh semua orang yang baru berubah,tapi tak kurang jugak yang support,ada jugak yang menjatuhkan.Kawan-kawan yang dulunya gelak ketawa,yang hangout sama-sama dengan kita dulu,perlahan-perlahan akan hilang dari mata kita nanti,Kenapa?Sebab mereka fikir yang kita ni dah pelik dah tak sekepala dengan mereka,dah tak boleh dibawak keluar jalan-jalan.Ada jugak yang cakap "Ko dah berubah?Ala..kenapa kau berubah?Lepasni susahlah nak bawak ko g mana-mana"."Ko kalau nak keluar dengan kiteorang jangan pakai macam ni dan macamni".Agak-agak kita lah,kawan yang baik ke macam tu?kawan yang baik akan membawa kita ke arah kebenaran,jalan Allah bukan menjahanmkan kita,bukan kondem kita.Ada yang akan cakap kita ni berlagak bagus,ada yang lama-lama nanti takkan bercakap dengan kita .Itu sudah biasa.Kemanisannya akan tiba bila Allah akan mengurniakan kita kawan yang lebih baik dari kawan yang sebelumnya,bukan satu tapi seribu.Buktinya?Akulah buktinya.Ini gambar kawan-kawan baru aku.Rancangan Allah telah menemukan kami.Sebab tu jangan risau kalau kehilangan kawan,risau bila hilang Allah oke ?


Image result for dugaan untuk berubah


#Dikatakan menunjuk-nunjuk
Bila dah berubah,bila kita kongsi dekat orang kisah kita,orang akan cakap yang kita ni menunjuk-nunjuk.
"Ala,kau pon dulu macam baik,dulu jahat jugak".Macam-macam yang kita akan dengar dari mulut orang.Semua yang dekat sini ada facebook ada twitter kan?kalau kita post pasal hadis,pasal sunnah,nasihat,gambar mesti ada je yang cakap kita menunjuk.Katanya "kalau nak berubah,hati tu penting,takpayahlah nak menunjuk-nunjuk yang diri tu dah berubah."Mindset apa ni?Kalau yang tak berubah tu post gambar tak cukup kain,takde pulak dia nak tegur cakap "kalau nak pakai tak cukup kain tu takpayahlah nak menunjuk-nunjuk".*EH?Orang yang cakap kita menunjuk bila berubah ni akan membuatkan kita rasa down sikit.Betul tak?Tapi ingat ini hanya dugaan Allah untuk lihat kita ikhlas atau tak nak berubah.Biarkan mereka berkata mengikut pendapat syaitanTapi takpelah.Hanya Allah yang tahu niat kita,mulut manusia memang kita tak boleh nak tutup kan?Biarkan mereka.Bersabar.Berdoa semoga mereka dapat hidayah.

#tak boleh menegur orang
HAaaaaa Yang ni biasa sangat terjadi ni.Bila kita dah berubah menjadi orang yang lebih baik,dan kita merasakan ada tanggungjawab terpikul dibahu kita,maka kita pon tegur lah orang tu jangan buat perkaara macam ni macam tu dan macam ni.Apa yang dibalasnya ?Ada yang akan cakap terima kasih sebab tegur tapi ada jugak yang akan cakap "Ko siapa nak tegur aku?diri sendiri tak betul ada hati nak tegur orang"
Hai sahabat ku sekalian,selagi nama kita islam,kita layak tegur saudara kita yang lain,sila tengok hujah yang dia sampaikan bukan tengok diri dia.Fahamkan?Kalau hanya orang yang sempurna sahaja boleh menegur dan perbetulkan silap orang lain,maka nanti takde siapa yang akan berubah sebab memang tak ada manusia sempurna di muka bumi ini.



Image result for dugaan untuk berubah

#Sombong dan tak cantik
"Kau ni sombongkan sejak dah pakai macamni?ko tahu tak ko nampak gemok bila pakai macamni?ko nampak selekeh!Tak cantekla!Cuba pakai betul-betul."
Biarlah orang nak cakap kita tak cantik,kita pakai baju besar kita nampak gemuk,tapi kita dah jalankan tanggujawab kita sebagai orang islam.Its' okay kalau kita dapat kata-kata macamni,sekurang-kurangnya,ayah kita terlepas dari seksaan neraka di sana kelak.Kat dunia ni kita dah banyak susahkan ayah kita,takkan dekat akhirat kita nak susahkan dia lagi.Ye dak?

#Dipandang pelik,
“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234)

Lepas berubah tu semua orang dah takut dah nak dekat dengan kita,semua dah macam "What the fish?Why dia dah berubah macam ni?Nampak peliklah kau pakai besar-besar macam ni,pakai songkok,tudung labuh.."
Biasalah dunia sekarang ni,bila kita betul-betul ikut cara islam dikatakan kita pelik dan kolot,bila kita ikut cara barat diakatanya kita ni up to date.So jangan risau ye kalau kita dipandang pelik sebab dah berubah,itu perkara biasa,Kita beruntung sebab kita orang-orang yang asing,orang yang sudah banyak pupus di akhir zaman ini. :)

Masih takut untuk berubah?Well Allah telah bagi kita banyak peluang banyak masa sebab nyawa kita masih dibadan.Masih takut untuk mulakan perubahan?Masih tak jumpa hidayah?Hidayah itu telah ada dalam Al-quran.Masih mencari alasan untuk tidak berubah?Bagaimana jika Allah mengambil nyawa kita saat kita masih belum berubah?

P:S/fikirkan dan renungkan.sampai bila kita nak enjoy,sampai bila kita nak tinggalkan solat?Sampai bila kita nak dedahkan peha,betis,badan kita pada khalayak ramai?Kata sayang islam?mana buktinya?MANA?


Pada yang baru berubah,teringin berubah atau sudah berubah,jemput join kami #TeamHijrah.Kami alu-alukan anda,disini kami berkongsi ilmu dan kisah-kisah kami.jemput!


Image result for dugaan untuk berubah

No comments:

Post a Comment