Pilihlah Pakaian Yang Sesuai Ketika Temujanji Pertama
Semoga para pembaca berada dalam keadaan ceria dan bersemangat untuk bekerja hari ini.. Hehe..
Ok, kali ini saya nak kongsi panduan memilih pakaian yang sesuai pada janji temu (date) pertama.. Setiap orang pasti rasa berdebar2 dan rasa tak menentu untuk keluar dating pada kali pertama. Biasanya, anda akan terfikir tentang pakaian apa yang harus dipakai kerana baik lelaki mahupun wanita, kedua2nya mahu tampil cantik, kacak, kemas dan bergaya.
Namun demikian, dek kerana keghairahan untuk tampil menarik di mata si dia, acapkali anda tampil terlebih2 pula.. Ada kalanya, pakaian yang dipakai tidak selesa menyebabkan anda terasa tidak selesa sepanjang date tersebut. Jadi, apakah yang patut anda pakai pada date kali pertama ini??
Pertamanya – sentiasa ingat bahawa – Pakaian pada janji temu kali pertama mestilah selesa, tetapi bergaya dan sesuai dengan tempat atau aktiviti yang akan anda lakukan.
Keduanya – Sentiasa cuba untuk tampil sesimple yang mungkin. Gaya anda yang simple itu boleh membuatkan anda kelihatan lebih bergaya. Bagi perempuan, janganlah pakai terlalu seksi dan ketat sehingga anda tidak boleh bernafas! Huhu.. Bagi lelaki pula, cukup mengenakan sepasang jeans yang bersih, ya saya ulangi, bersih, tidak koyak2, dengan sehelai kemeja putih @ t shirt sahaja. Warna juga memainkan peranan. Elakkan memakai warna merah terang, atau warna2 lain yang striking kerana ia menyakitkan mata dan terlalu menonjol.
Ketiga – Pastikan pakaian kena dengan rancangan anda pada janji temu kali pertama itu. Andai kata anda ingin bermain bowling, pakailah pakaian yang sesuai untuk bersukan. Jika anda ingin pergi makan malam di tempat yang ekslusif, pakailah pakaian yang bersesuaian, yang manis dan macho.
Keempat – Pastikan anda tidak dihiasa terlalu banyak aksesori higga kelihatan seperti “pokok krismas yang bergerak”.. huhuhu.. Para wanita sekalian, cukuplah seutas rantai yang manis, atau seutas gelang yang menampilan kejelitaan anda. Janganlah pakai semua barang kemas yang anda ada sehinggakan lampu jalan pun jadi malap dek kerana silau barang-barang kemas yang anda pakai ye! Begitu juga untuk para lelaki, elakkan memakai rantai leher dengan bermacam-macam logo seperti tengkorak, heavy metal dan sebagainya. Ada perempuan yang takut melihat lelalaki sebegitu tau!! U dont want to lose the girl on your first date!!
Kelima – Pilih kasut yang sesuai!!! Ini juga amat penting. Untuk perempuan, janganlah pakai kasut tumit tinggi yang 3 inci, kelak anda juga yang tidak selesa berjalan.. Pilih yang sesuai, yang sedang-sedang aja dong.. Hehe.. Anda tentu tidak mahu terjatuh di depan si dia pada kali pertama dating, kan?? Untuk si lelaki, kalau boleh, pakailah kasut sneakers. Selipar juga memadai tapi janganlah pakai selipar ke jamban pulak bang.. Agak2 la sikit.. Heheheh..
Keenam – Jangan sembur terlalu banyak minyak wangi!! Ingat, anda bukan penyaman udara bergerak! Cukup dengan satu semburan di kawasan2 nadi seperti leher dan tangan.
Ok, saya harap tips2 tersebut akan membantu anda sedikit sebanyak pada janji temu kali pertama!!
10 Lokasi Pertemuan Romantis...
Kiranya Tempat Dating La... anda menemui cinta baru dan merancang mengadakan pertemuan pertama dengannya. banyak perkara yang harus difikirkan, apa pakaian yang sesuai, minyak wangi apa yang patut digunakan, masa pertemuan yang tepat termasuk topik apa yang ingin anda bualkan dalam pertemuan pertama itu. anda memerlukan idea yang perlu dianggap sebagai kelas pertama dan paling utama ialah di mana lokasi pertemuan itu mahu diadakan. tidak guna anda kelihatan hebat di matanya tetapi anda gagal memikat hatinya jika anda memilih lokasi pertemuan yang sangat biasa sahaja.. di bawah ini dinyatakan beberapa tip lokasi pertemuan yang boleh dianggap romantik dan meninggalkan kesan mendalam di hati wanita.
1. PANTAI pantai di anggap sebagai lokasi romantik. saat mendengar bunyi deruan ombak yang menghempas pantai, melihat matahari yang terbenam di ufuk Timur akan membangkitkan satu nostalgia di hati pasangan. lebih indah lagi jika anda bersamamya berlalu di gig airi dan banyak lagi perkara bileh anda lakukan di sini.
2. KELAB GOLF mungkin lokasi ini memerlukan belanja yang mahal tetapi kalau kena dengan gaya hidup dan kekayaan yang anda miliki, anda boleh membawa teman wanita ke sini. bayangkan gaya anda mengayun kayu golf dengan penampilan pakaian yang segak, semua ini akan membuat wanita berasa bahagia di sisi anda.
3. KONSERT sebenarnya pertemuan pertama adalah saat anda mengenali pasangan lebih mendalam. dari situ anda boleh mengetahui minatnya, hobi dan sebagainya. namun tidak salah untuk membawa pasangan ke konsert jika si dia meminati muzik. hubungan anda dan dirinyaakan lebih erat kerana dia beranggapan anda mengetahui minat dan kesukaannya.
4. TAMAN REKREASI selalunya taman rekreasi adalah tempat untuk kanak2 bermain. siapa ia tidak sesuai untuk orang dewasa?? membawa teman istimewa ke taman rekreasi sambil memerhatikan kanak2 bermain membayangkan bahawa anda juga mahu anak bersamanya suatu hari nanti. sudah pasti akan meminbulkan suasana ceria. teman istimewa anda mingkin malu mendengarnya namun ia membayangkan hasrat hati anda bahawa hubungan yang jalinkan ini adalah serius dan mahu mengakhirinya ke jinjang pelamin.
5. BERKELAH DI AIR TERJUN satu lagi yang boleh menjadi pilihan anda ialah pergi berkelah. menikmati suasana di air terjun,merasai sejuknya air tatkala anda berendam adalah suasana yang menarikdan mampu diingati oleh pasangan. tahukah anda, setiap tingkah laku yanganda lakukan melebihi dari kata2 akan membawa kesan mendalamdi hati teman bahawa andalah lelaki sejati.
6. BERMAIN GO KART satu aktiviti yang sangat menyeronokkan jika anda boleh membawa teman istimewa bermain go kart. mungkin dia tidak pernah mencuba permainan go kart ini dan mungkin berasa takut tetapi sekali anda mengajarnya, ia mungkin satu pengalaman menarik buatnya dan menjadi pengalaman indah dalam hidupnya.
7. PUSAT BELI BELAH ini mungkin tempat pertemuan biasa tapi ramai wanita mnyukainya kerana selain mencuci mata, wanita memang suka membeli-belah. lebih menarik lagi jika anda yang mengeluarkan wang belanjanya dan dia membeli apa disukainya. tapi awas, jangan selalu ke sini kerana jika sudah terbiasa teman istimewa anda mungkin merengek mahu pergi ke sana selalu.
8. MENONTON WAYANG menonton wayang antara perkara biasa dilakukan oleh pesangan. mungkin tiada yang istimewatetapi kalau anda tiada idea ke mana mahu pergi, bawa saja ke tempatini kerana ramai muda-mudi pergi ke sini.
9. MENAIKI LIMO ia tentunya sesuatu yang sangat berbeza. jika anda mampu membayarnya menaiki kenderaan limo tentunya ia satu kenangan manis yang takkan dilupakan. tapi itu jika anda mampu dan jika tidak abaikan perkara ini kerana ia memerlukan belanja yang banyak dan besar.
10. URUTAN KAKI mungkin tak pernah dibuat tetapi sesekali berikan kejutan kepada pasangan. ajak dia membuat urutan kaki dan anda membayarnya. sesekali diurut, ia memberikan kelegaan. tahukah anda, walaupun idea ini nampak janggal oleh pasangan tetapi anda begitu berbeza di matanya.
Ice Skating @ Sunway Pyramid..
Meluncur ais atau ice skating merupakan suatu sukan atau rekreasi yang boleh dilakukan indoor atau outdoor menggunakan ice skates yang rupa fizikal nya hampir serupa seperti roller skates cuma ianya bukanlah roda, tetapi bilah besi. Sukan ini merupakan perkara biasa di negara beriklim sejuk yang mempunyai sungai atau tasik beku. Untuk aktiviti indoor, biasanya dilakukan di kawasan bertutup yang mempunyai ais tebal yang beku. Misalnya, di Malaysia, Sunway Pyramid Ice merupakan satu-satunya arena ais, atau Ice Rink yang digunakan untuk sukan meluncur ais.
Step 1: Proper attire. Ice skates and Gloves
Pakaian hendaklah berwarna yang agak gelap, sebab walaupun kita berada di atas ais,kita masih di Malaysia dan atas tu SUMPAH PANAS, BERPELUH SEGELEN oke! Percayalah...! Dah macam berlari rasanya.
Tali ice skates hendaklah diikat ketat dan selesa. kalo longgar nanti akan terasa nak tertanggal, jalan pun macam zirafah minum air. Dan gloves adalah penting, kalau tak pakai nanti ICE POLICE tahan. Kalau sejuk entah-entah, melekat macam cerita Frozen. Haa..camne?
Step 2: Confidence atau Yakin Diri.
Percaya dengan kebolehan sendiri. Jangan cuak. Pedulikan bahawa anda sedang berdiri di atas bilah besi. Teruskan berfikir positif.
Step 3: Anda sedang memakai kasut tinggi
Saya sedang memakai kasut tinggi! Saya sedang memakai kasut tinggi! Saya sedang memakai kasut tinggi! ya! Teruskan berfikir macam tu. Bila Step 2, dam step 3 bergabung, maka bila anda berjalan memakai ice skates tuh, tidaklah terkangkang2, tapi cun je macam cat walk. :) nice!~
Step 4: Berpaut kepada dinding
Sentiasa berpegang kepada dinding tu kalau takut. Cuba lepaskan sekerap boleh untuk berdikari skates. Jangan pergi jauh dari tiang tu kalau masih belum boleh skating.
Step 5: HELP!!
Yes. Jangan malu dan jangan segan minta pertolongan orang yang tahu skate.
Dapatkan pertolongan kawan atau ICE POLICE, abang-abang guard yang pakai kemeja oren yang jaga ice rink tu. Dorang semua hot-hot oke! grrrrrr!~ Kalau perlukan perhatian dorang, jerit je! dorang akan datang..dan time tu boleh la awak hulurkan tangan minta dibangunkan. Tak apa, jangan risau, kat sana kita pakai GLOVE, jadi kulit tak bersentuh.
Walaupun orang tu cuma reti skate cikai-cikai je, agak-agak dia friendly, tanyalah dia. Contoh: macam ratu, baru 2 kali pergi tapi dah pandai-pandai buat 'how to ice skates' dalam blog. Tahniah!
Step 6: Jatuh
Kalau jatuh, cool je. Senyum dan bangun. Sebab you're not alone. Ramai je kat situ yang jatuh. Lainlah kalau awak tetibe masuk lesson kan, memang ramailah orang tengok dari atas kat Sunway tu. Tapi chill, teruskan bangun setiap kali terjatuh. Jangan putus asa. Dan kalau boleh jatuh lah kat spot lawa sikit, dekat dengan ICE POLICE. Cuba minta pertolongan mana-mana orang terdekat untuk bangun. Kalau tak ada, berdiri atas lutut, dan cuba bangun guna salah satu kaki dulu.
Jalan - Jalan di Taman Tasik Titiwangsa
Salah satu tempat menarik untuk dilawati especially untuk kanak-kanak adalah Taman Tasik Titiwangsa. Lokasinya yang terletak tidak jauh dari KLCC menjadi antara tarikan utama seisi keluarga bawa anak bermain-main dan beriadah.
Salah satu tempat playground.skating,skateboard, roller blade. Memang meriah. Mostly berbayar dengan harga yang agak berpatutan.
Dari sini nampak pemandangan KLCC. Udara bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Salah satu favourite anak-anak. Bermain belon gergasi. Satu bekas belon dalam RM2. Seronok melihat anak-anak gembira di hujung minggu.
Playground pun ada disediakan. Di sini ibubapa kena perhatikan kerana ada sesetengah bahagiannya sudah rosak i.e. berlubang. Merbahaya juga kalau anak-anak terpijak. Boleh terseliuh kaki dibuatnya.
Aktiviti lain antaranya berjogging, makan-makan santai di taman, dan pelbagai lagi. Kalau nak datang sini disarankan datang awal kerana parking agak limited dan sentiasa dipenuhi orang di hujung minggu. Pernah kami datang terpaksa batalkan hasrat kerana parking sudah penuh. Singgahi tempat lain.
Beriadah dan meluangkan masa berkualiti memang seronok.
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Malaysia saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.
Kemeriahan Bulatan Dataran Masjid Putra, Putrajaya
Bermulalah sesi pengenalan kepada kasut roda. Stretching…. Pakai kasut pon trainer pakaikan. Bhahaha..aku macam puteri (time ni rasa puteri sangat tunggu 2 jam pastu)
ok nak citer apa aku belajar memang banyak beb. boleh kejung tangan nak taip. Ni pun tangan sakit kat otot2 lengan aku bedal lenjan menaip sebab nak share rasa teruja dengan pembaca blog. (bajet blog femes.ceh!) kita main sampai kurus yeah! GOTCHA!!
Kita kasi gambar lah kan…
Actually semua kemudahan dah tersedia di Putrajaya ni. Memang tak hairanlah kalau orang Putrajaya memang malas nak ke mana-mana sebab semua infra dah tersedia ada.
Malam bersukan keluar peluh syok tu.... Peha bagi ramping terus uolls... Main jatuh bangun biasalah tu... Sakit! Uolls kalau rasa nak jatuh tak boleh nak imbangkan badan lagi yang baru nak main tu, jatuhkan dulu badan ke kanan atau ke kiri. Tak lah sakit. Tak payah jatuhkan kaki, sakit tu....
Makin lama makin banyak pulak orang berjualan barang-barang mainan lah, sewa kereta remote lah, sewa basikal lah, sewa roller blade lah.. tapi baguslah pada sesiapa yang nak bawak bersiar-siar. Macam-macam ada tak payah susah-susah nak angkut dari rumah.
sebagai penutup, Yaya nak belanja followers Yaya yang Yaya dah print screen ni. Terima kasih sudi baca entry Yaya...!!
ok bye! ^_^
No comments:
Post a Comment