8 May 2015

15 Cara Menarik Untuk Melantik Bridesmaid Anda



Hadiahkan dulang girls anda sesuatu istimewa.
Peranan bridesmaid amat penting bagi semua majlis perkahwinan, tanpa mereka, pasti anda akan bertukar menjadi seorang Bridezilla. Jadi untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan 15 cara menarik boleh anda lakukan untuk melantik watak-watak penting ini.
#1. Kerongsang (Brooch) untuk shawl / tudung
Hadiahkan sebuah kerongsang untuk mereka pakai pada hari majlis.
Foto: Buzzfeed
#2. Kad Simple
Kadangkala tidak perlu pun All-Out, sekeping kad yang cantik sudah mencukupi.

Foto: thestylefairy.ie
#3. Kad Bersama Info
Okay, jika kad diatas terlalu simple. Anda boleh membuat satu kad yang mempunyai semua maklumat yang diperlukan oleh bridesmaid anda. Contoh: Warna baju bridesmaid, peranan masing-masing dan mengapa mereka dipilih menjadi bridesmaid anda.

Foto: raymondleejewelers.net
#4. Kad Kotak Mancis
Kalau anda jenis yang suka D.I.Y, boleh cuba idea menarik ini.

Foto: etsy.com
#5. Lollipop Cincin
Idea yang comel adalah untuk "propose" kepada bridesmaid anda dengan lollipop berbentuk cincin.

Foto: southernchicservices.com
#6. Kad Interektif
Untuk mendapat mesej yang ingin disampaikan, bridesmaid anda perlu meniup belon tersebut. Ini menarik jika diedarkan ketika bachelorette party anda, sebagai satu aktiviti atau pertandingan siapa tiup cepat.
Foto: raymondleejewelers.net
#7. Mesej dalam balang kaca.
Tulis mesej khas untuk setiap dulang girls anda, kemudian letakkan kedalam balang kaca kecil. Pasti mereka akan menghargai pemberian anda walaupun kecil.
Foto: bespoke-bride.com
#8. Botol Wine
Untuk anda yang bukan Muslim, bolehlah menghadiahkan sebotol wine yang telah dilekatkan gambar anda & bridesmaid beserta mesej yang ingin disampaikan. Untuk yang muslim pula, jika ingin membuat idea ini, bolehlah tukarkan wine kepada air sparkling.
Foto: Pinterest.com
#9. Photo album mini
Kumpulkan gambar-gambar anda bersama setiap bridesmaid, kemudian compilekan menjadi sebuat photo album mini. Pasti mereka tersentuh apabila menerima hadiah tersebut.
Foto: templesquare.com
#10. Loket bermasa initial masing-masing
Personalisedkan nama setiap bridesmaid anda pada loket sebagai kenangan.

Foto: theknot.com
#11. Set kecantikan kuku.
Hadiakan sebuah set kecantikan kuku untuk bridesmaid anda supaya mereka boleh membuat persiapan dan kelihat confident pada hari majlis.

Foto: Kate Aspen
#12. Tudung / Shawl
Untuk pastikan bridesmaid anda memakai tudung yang sama hadiakan mereka tudung warna pilihan anda.

Foto: Pinterest
#13. Biskut
Kalau dah pening sangat & tidak cukup masa, apakata berikan saja sekeping biskut yang dihias cantik. Setel.

Foto: notonthehighstreet.com
#14. Kain untuk dijadikan baju bridesmaid.
Untuk elakkan majlis anda menjadi tema pelangi, amat dinasihatkan untuk anda sponsor dulang girls anda kain untuk mereka hantarkan ke tukang jahit masing-masing.

Foto: handmadeisbetterblog.com
#15. Be-My-Bridesmaid Kit
Akhir sekali jika anda mempunyai budget yang lebih dan suka D.I.Y, bolehlah sediakan sebuat kotak yang lengkap untuk bridesmaid anda. Dalam kotak tersebut mempunyai kain untuk dibuat baju, selendang, tona warna yang telah dipilih untuk bridesmaid, peranan masing-masing, atucara majlis, info-info penting yang perlu bridesmaid alert dan jangan lupa nota khas buat setiap seorang.
Foto: societybride.com

Gambar cover oleh: TheProjectPixel

No comments:

Post a Comment