8 May 2015

Masjid Di Nepal Tersergam Indah Walau Dilanda Gempa Bumi





MASJID DI NEPAL TERSERGAM INDAH WALAU DILANDA GEMPA BUMI



Walaupun bumi Kathmandu, Nepal dilanda gempa bumi sekuat 7.8 skala Richter pada 25 April lalu,

 sebuah Masjid yang terletak di ibu kota Kathmandu kekal utuh meskipun bangunan sekitarnya runtuh
 menyembah bumi. Malah lebih mengagumkan tiada dinding yang retak mahupun terkupas.

Menurut salah seorang anggota jawatankuasa masjid berkata; 

“Kami bersyukur, ini semua kerana kuasa Allah.”
 Beliau menambah, kali terakhir bangunan masjid itu menjalani kerja ubah suai ialah pada 1995 lalu.

Lebih aneh lagi, tidak jauh dari Masjid Jamik Nepal terdapat Masjid Khasmiri Taqiya juga 

tidak mengalami kerosakan akibat gempa bumi yang terkuat dalam sejarah Nepal sejak 80 tahun.

Selepas Nepal dilanda gempa akhir bulan lalu, anggota jawatankuasa masjid-masjid di sekitar Kathmandu

 mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari mana-mana warga Muslim tempatan yang terkorban.

Menurut laporan media tempatan, hampir 200 tempat warisan di negara itu rosak teruk dan kini sudah 

meragut lebih dari 7000 nyawa.




2 comments:

  1. perancangan Allah tiada siapa yang tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuasa Allah swt tiada tandingannya saudari Nayfatimah Rasyid =)

      Delete