6 May 2015

Dato Siti Nurhaliza Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Tentang Adik Firuza

Semuanya bermula daripada video pendek adik Amira yang menyatakan perasaan ingin berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza setelah dia kehilangan kedua ibu bapa yang terlibat di dalam kemalangan di lebuh raya DUKE baru-baru ini.

Siti Nurhaliza Perjelas Isu Ambil Anak Angkat - ROTIKAYA_in text

Lantas, berpunca daripada perkara tersebut terdapat beberapa blog yang mengambil kesempatan untuk menghangatkan apa yang diluahkan oleh adik Amira sekaligus membuatkan nama Siti Nurhaliza turut terpalit bersama.
Khabar angin mengenai Siti mahu mengambil Amira dan Aqila sebagai anak angkat terus tersebar sehingga membuatkan pembantunya memuatnaik gambar dan juga kapsyen yang menegur tindakan blog yang menggunakan nama penyanyi itu sewenang-wenangnya.

“Perkara ini begitu sensitif kerana ia melibatkan keluarga mangsa. Malah saya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung itu. Saya dan suami bakal menyalurkan bantuan dari segi pendidikan untuk Amira dan adiknya menerusi Yayasan Nur Jiwa”
“Saya menyerahkan hal ini kepada Allah Taala. Seandainya ada jodoh maka saya meletakkan ia sebagai ketetapan Allah. Lagipun ianya adalah perkara baik namun sebarang perbincangan belum lagi dibuat dari pihak kami,” jelas Siti dan juga suaminya.
Sebagai menunaikan permintaan adik Amira serta orang ramai, Datuk Siti Nurhaliza telah pun menziarahi keluarga mangsa nahas Lebuh Raya DUKE di Taman Batu Muda, sebentar tadi. Tercapai sudah hasrat anak kecil ini untuk berjumpa Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza Perjelaskan Isu Ambil Anak Angkat_2
Kemalangan maut yang mengorbankan ibu bapa dan adik bongsu kepada Amira dan Aqila itu mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat yang rata-rata simpati dengan nasib menimpa mereka berdua.

Terbaru, beberapa orang selebriti tanah air seperti Azza Elite, Nurkhiriah dan ramai lagi sempat meluangkan masa melawat adik Amira dan Aqila.

Dato Siti Nurhaliza Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Tentang Adik Firuza, info, terkini,hiburan, sensasi, gosip,

Jika semalam Beto Kusyairy antara selebriti terawal yang berkunjung ke rumah mangsa, hari ini giliran rakan selebriti yang lain seperti Azza Elite, Nurkhiriah, Azhan Rani dan Abby Nadzri pula.

Rahim Raja Lawak pula dikatakan turut hadir ke majlis tahlil yang diadakan malam tadi.

Adik Aqila & Amira, info, terkini, hiburan, sensasi, anak mangsa kemalangan DUKE


Diharap dengan kunjungan mereka ini sedikit sebanyak dapat menceriakan adik Amira dan Aqila. Kami pun tumpang gembira melihat senyuman adik Amira ni.

Pujian juga wajar diberikan buat selebriti yang sanggup meluangkan masa menceriakan adik Amira dan Aqila.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapakan salam takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan.


No comments:

Post a Comment