12 June 2015

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim diucapkan salam jumaat di pagi hari ini buat anda , semoga memperoleh keberkatan dunia dan akhirat. Alhamdulillah diberi kurniaan menghirup udara pada hari ini untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah swt, dapatlah kita menyambung tugasan sama ada di pejabat mahupun di mana sahaja kita bertugas, selamat bertugas diucapkan.

Alhamdulillah dalam lima hari lagi kita bakal masuk ke bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Bulan keinsafan, bulan terindah. Bulan Ramadhan, bulan yang ke sembilan dalam kalendar Islam. Ramadhan dianggap begitu suci oleh kerana terdapatnya malam Lalatul Qadar, di mana Allah telah menentukan segala urusan yang bakal terjadi kepada ciptaannya, untuk jangka masa setahun.

Pelbagai aktiviti yang boleh kita ciptakan sendiri bagi memperoleh ketenangan hidup, in shaa Allah. Di antara aktiviti yang Yaya sarankan di sini Bersedekah. Bersedekah ni banyak cara boleh buat, Yaya cadangkan kalau kita pergi bersiar - siar ke, membeli - belah ke, jangan lupa untuk sediakan beberapa duit syiling atau wang kertas RM1 pun dah cukup. Macam kalau kita tengok di kawasan Jalan Tar tu lah kan, kan kita ada nampak orang kurang upaya menyanyi - nyanyi cari rezeki. Apalagi, kita letaklah dalam RM1 ke...kalau lebih lagi bagus...bagi RM100...haaa.....dah untung..hehe...

Di kesempatan ini, Yaya mengucapkan Salam Ramadhan Al - Mubarak, semoga Ramadhan kali ini membawa barakah buat kita semua dan impian Yaya tercapai. Apa impian Yaya? haa tu rahsia....nanti korang akan tahu juga. 
Assalamu`alaikum :) 


No comments:

Post a Comment