16 June 2015

Personaliti Melalui Terapi Warna by Shuhada Alauddin

BENGKEL " WARNA DAN KERJAYA" OLEH MYRYL

BIODATA MYRYL & SHUHADA ALAUDDIN


Pada sabtu lepas 13 Jun 2015 telah berlangsungnya bengkel motivasi yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang yang ammmmmaatt menarik sekali! Master Yourself Revamp Your Life ( MYRYL ) di Hotel Bangi Putrajaya yang bertajuk "Warna dan Kerjaya"  yang turut merupakan majlis pelancaran DVD MYRYL. 
myryl

Seriously.., Yaya suka sangat, teruja pun ada kalau nak tahu..bukan Yaya seorang sahaja yee...seramai 20 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berserta wakil - wakil dari pihak media turut serta turun bersama. Terima kasih atas kesudian blogger BEN ASHAARI atas idea beliau untuk mengadakan program yang bermanfaat ini, dapatlah kami semua merasai sendiri secara praktikal mengenai apa yang ingin disampaikan di dalam DVD "Warna & Kerjaya".

Seorang hawa hebat yang diberi nama Shuhada Alauddin, 35 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai peguam profesional selama hampir 11 tahun semata - mata kerana atas minatnya beliau kepada kajian warna pada personaliti dalam kehidupan seseorang dan kini digelar Pakar Pembentukan Personaliti, Terapi Warna dan Analisis Perlakuan. Menurut pengetahuan Yaya setelah dibuat kajian ( ececeh....) pencapaian beliau membuat Bengkel pembentukan personaliti yang diiktiraf media dan pernah ke Jakarta atas jemputan klien korporat. 


Beliau juga telah berjaya menghasilkan modul - modul khas yang membincangkan topik tertentu bagi tujuan membantu setiap individu dapat menghasilkan apa yang mereka mahukan dalam kehidupan dengan memulakan perubahan kerjaya mahupun business start up sebagai maltamat utama.

Seperti yang sedia maklum, MYRYL yang disebut sebagai my - real adalah singkatan bagi " Master Yourself Revamp Your Life" [www.myryl.net], adalah sebuah syarikat yang pengasasnya adalah Shuhada Alauddin sejak 3 tahun lalu. 

Oleh kerana syarikat ini adalah syarikat yang pertama menawarkan kursus dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkah laku yang dipanggil (behavioural analysis), ianya memang patut untuk dibanggakan. 

Antara kelebihan mereka adalah membantu individu membuat pertukaran kerjaya. Haa...menarik bukan?? Yaya dah dapat warna Yaya, terasa bagai nak melompat aihhhh....nak tukar kerja boleh tak???hahaha.....

Merah Jambu

Ahaa....Yaya dah jumpa warna Yaya sewaktu pergi ke bengkel ni haa....alright..,for the first, Yaya nak beritahu untuk dapatkan warna dalaman dan warna luaran, Yaya kena di'scan' terlebih dahulu, macam mana nak 'scan'?? para pembaca boleh dapatkan DVD dan 'study' lah di situ nahhh..... :) 

80% adalah warna dalaman dan 20% pula adalah warna luaran kita ye, jap...nak diberitahu dari awal, ini bukan tilik nasib aa...tidak...bukan aa....kita diagnose atau 'scan' orang...what??scan orang?? Sebelum tu nak diberitahu Pentingnya Mengenali Warna Diri melalui kekuatan diri, potensi diri, mengenalpasti kelemahan dan keyakinan diri. 
Nak beritahu awal ni aa....ini Yaya senaraikan sifat - sifat ada pada Yaya yang Yaya tengok dalam 'list' yang depa bagi ni nah...Yaya tak cakap aa...Yaya 'list' kan balik jaa... :) 
Merah jambu adalah warna dalaman Yaya yang membawa maksud sebanyak 80% yang sememangnya betul ada pada diri Yaya seperti terbuka, rasional, kreatif, keriangan, pemurah / prihatin, intuitif, tersendiri, reka cipta dan suka bersaing (haahaaa....yang ni no komen aaa...) 
Let`s go to Myryl`s DVD :)


Berpeluang bergambar bersama tauke Myryl ... eee....nampak tak tengah tahan excited tuh..??
dalam hati rasa macam...ohowww....bestnyaa dapat kena tangkap gambar dengan orang hebat macam ni..!!
:)


MYRYL ni ada DVD tak eh?? ehh ehh....off course lah ada uollss....ini adalah merupakan DVD yang pertama kalinya dihasilkan oleh MYRYL bagi tujuan membantu golongan dewasa yang bekerja tetapi ingin membuat perubahan kerjaya. Bagi yang tergerak hati nak buat perniagaan namun tidak tahu apakah kerjaya mahupun perniagaan yang perlu diceburi, boleh juga dapatkan modul - modul dalam DVD tersebut. Ada yang tak sabar nak belajar tak? klik sini

Alright, berbalik pada DVD ni, uolss dapat banyak pengetahuan yang ingin dikongsikan oleh Shuhada di sini berkaitan bidang -bidang kepakaran dan juga pengalaman beliau bertujuan bagi membantu orang ramai untuk mengenalpasti apa yang mereka impikan selama ini agar menjadi kenyataan, tentang apa yang boleh kita jangkakan selain mendapat langkah yang perlu diambil apabila hendak membuat perubahan kerjaya mahupun memulakan perniagaan baru.

cover dvd-page-jpg.jpg


Lebih menarik lagi apabila DVD ini mampu memberi pendekatan yang diambil Shuhada bagi berkongsi serta membantu orang ramai yang tergerak hendak membuat pilihan hidup dengan membuat perubahan kerjaya mahupun memulakan perniagaan melalui warna sahaja selain membuat perkongsian mengenai aplikasi warna dalam kehidupan seharian ! 

“People always have a dream job that they wish they could be doing and most often
these people already have a steady career that has nothing to do with their dream 
job. So to get started all over again and do their dream job [even without leaving 
their current job] is going to be scary and normally people will choose to let it go 
and let it remain a dream.  So that’s what I’m trying to do here today; help them see 
and charter the way so that it can reduce their anxiety about starting from square 
one and hopefully get them one step closer to their dream” – kata Shuhada yang 
mempunyai pengalaman sendiri tentang pertukaran kerjaya apabila beliau 
membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai peguam dalam 
bidang korporat selama 10 tahun bagi memulakan MYRYL dan kini menjadi 
perunding dan pakar dalam pembangunan personaliti, terapi warna dan analisis 
perlakuan.

Nak Contact dengan depa?

Haa...mai sini ceq nak habaq...Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bengkel selanjutnya, sila layari laman web www.myryl.net . Untuk mendapatkan info berkaitan atau mahu berhubung dengan merka melalui e-mel, sila hantarkan ke ask.us@myrylpoint.net . Atau terus hubungi Nadhir Nordin ke 019-939 0135 atau emelkan ke nadhir@myrylpoint.net .

Mai nak belanja beberapa gambar 'happy' kami lepas kena 'scan'. Jangan kata kami main 'black magic' aa...kalau dah dapat warna dengan nombor personaliti, jangan salah pakai buat nombor ekor aa....tak moa aa...dilarang sama sekali...hihihiii....ok bye...jumpa next entry...tata....muahh!!! 
:)
















2 comments: