22 July 2015

PENGAKUAN BERHIJAB : "Tangisan Dahulu Adalah Kekuatan Sekarang"

Assalamu`alaikum . Syukur ke hadrat IIlahi Ramadhan yang berlalu menjadikan kita sebagai seorang muslim dan muslimah semakin kuat dengan pelbagai dugaan untuk menguji ketaatan kita sebagai hambaNya. Semakin banyak rintangan dariNya, semakin kuat kita kepada Dia. Di sini hari ini, pengkongsian Yaya mengenai hijab adalah mahkota penting bagi kita sebagai seorang hamba yang hina. Tujuan Yaya menulis entry kali ini adalah berkaitan "PENGAKUAN HIJAB :"Tangisan Dahulu Adalah Kekuatan Sekarang". Masya Allah....tajuk yang pendek tapi membawa banyak maksud. 

Di kalangan artis kita ramai yang sudah mula berhijab dan menutupi aurat dengan sempurna secara perlahan - lahan. Tidak ketinggalan juga buat diri Yaya sendiri. Kalau nak berpakaian mengikut bentuk badan tu mesti mula rasa bersalah , nak pakai ke tidak, nak pakai ke tidak. Yaya akui, perubahan ni bermula selepas berlakunya perpisahan antara Yaya dan bekas teman lelaki Yaya sewaktu berumur 19 tahun. Hampir 6 tahun bercinta dan akhirnya tiada jodoh dan dia telah berumahtangga atas pilihan keluarga dan sejak dari itu, Yaya mula bangun dan terus melangkah dengan mengikuti pelbagai aktiviti kemasyarakatan / komuniti di sekitar Johor Darul Takzim sehinggalah akhirnya Yaya dapat panggilan bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur sebagai pekerja kontrak Pekerja Sambilan Harian. 

Adakalanya terasa diri sunyi dan Yaya akan pergi ke tempat - tempat yang elok untuk pergi mencari ketenangan, tapi tahu jelah ....KL tu sesaknya macam mana...serabut juga kadang - kadang...yeke kadang - kadang? Sehinggalah Yaya memohon jawatan sebagai Pekerja Sambilan Harian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan syukur alhamdulillah Yaya berjaya melepasi temuduga tersebut. Pada awal tahun 2015, Kementerian Belia dan Sukan telah membuat satu program yang dinamakan Misi Sukarelawan Pasca Banjir 2014/2015 di Kelantan. Syukur alhamdulillah Yaya terpilih bagi misi bantuan bencana buat pertama kalinya dalam hidup Yaya. Dengan berbekalkan kata - kata semangat ummi dan ayah serta rakan - rakan terdekat, Yaya jadikan itu adalah suntikan buat Yaya teruskan perjalanan Yaya. Tahu tak? "Tangisan Dahulu Adalah Kekuatan Sekarang" . 

Setibanya di Kelantan lantas berkata dalam hati, "Ya Allah Ya Tuhanku, inikah tempat aku belajar dulu?". Bagai padang jarak padang tekukur. Kereta terbalik, rumah hanyut di sana sini, sofa berada di atas bumbung rumah, habis peralatan perubatan di hospital rosak dan lumpur tebal menutupi mata melihat perkakas memasak di dapur. Masya Allah....Allahurobbi....tanpa melengahkan lagi, semangat Yaya untuk terus bersama masyarakat semakin melojak dan pergerakan Yaya semakin pantas untuk membantu bersama - sama rakan - rakan yang lain turut bekerjasama. Setibanya di kediaman tempat tinggal untuk kami berteduh, aku berfikir sejenak sebelum tidur, kalau mereka mangsa banjir boleh kuat dan masih boleh tersenyum, mengapa aku masih menangis lagi kerana cintakan manusia semata - mata? bukankah cinta ini hanya pada Allah swt yang memberi cinta dan bila sampai masanya, Dia yang akan mengambil semula apa yang telah dipinjamkan buat kita?

Satu - persatu petunjuk yang telah Allah swt berikan pada aku. Tiap kali dugaan yang besar datang menyakiti hati aku, aku menangis lantas menyebut - nyebut nama Allah swt , dan tiap kali kesakitan yang aku rasakan itu, aku bersujud menangis tersengguk - sengguk hingga merah padam muka dan nafas yang tersekat - sekat. Sehingga suatu hari pulang dari misi sukarelawan, ada seorang hamba Allah di kafeteria menjual majalah "Humairah" yang harganya lebih kurang RM6. Mulanya aku beli atas dasar kasihan, walaupun begitu, secara perlahan - lahan aku membelek - belek buku tersebut sehinggalah ada satu ayat dalam buku seolah - oleh perli aku dalam berpakaian dan berhijab dengan sempurna, dan dari situ aku mula mencari gambar - gambar artis - artis tempatan dan indonesia sebagai "role model" untuk aku belajar menutupi aurat dengan elok secara perlahan - lahan. 

Tidak ketinggalan juga di luar sana ramai antara lelaki - lelaki yang bermata liar dan membuatkan Yaya marah. Ada suatu ketika di sebuah tempat tinggal lama Yaya di Serdang, seorang budak perempuan dikejar seorang lelaki dan menangis ke arah Yaya sewaktu Yaya pulang dari kerja. Sebagai seorang wanita dewasa, Yaya amat kesal dengan tindakan ibu bapa yang lalai membiarkan anaknya bermain keseorangan di tangga di sebuah pangsapuri. Akhirnya aku juga yang hantar budak tu ke rumah. Hurmmmm......

Buat keluarga dan rakan - rakan Yaya, terima kasih menasihati Yaya dengan sabar walaupun adakalanya Yaya keras hati untuk terima nasihat pada awalnya dan akhirnya Allah swt menurunkan pelbagai dugaan pada aku sehingga aku bersujud padaNya memohon ampun, sehinggalah menjadikan Yaya seorang hamba yang sentiasa mencuba untuk kuat semangat dan kentalkan hati dengan ujian yang menimpa.

Buat pembaca sekalian, terima kasih sudi membaca entry Yaya berkaitan pengakuan berani Yaya. Dah lama sebenarnya Yaya nak kongsikan di blog,  cuma mengambil masa sedikit. Harapan agar anda semua mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Yaya sekeluarga dunia dan akhirat. 

In shaa Allah...

Salam Sayang,

Nurhidayah Nordin

Yaya Cendana

2 comments: