Kecilnya saiz Yaya! argh....susah nak cari kasut yang Yaya berkenan lepas tu takda saiz pulak dah. errr.....pergi cari kasut dekat Parkson Alamanda Putrajaya pilihan di sana tidaklah banyak macam dekat Sogo korang boleh pilih macam - macam lagi jenama dekat sana. Yaya cari dekat Parkson Alamanda Putrajaya ni sebab kemalasan nak bergerak jauh...hihihii...sooo Yaya pergi setakat dekat Putrajaya ni jelah, naik bas awam 50 sen jer, jimat kann..??
Biasanya dalam pemilihan kasut, Yaya dah terbiasa dengan jenama Vincci, Sembonia, Bata, dan Esarli. Semua ni harga yang berpatutan. Waktu dekat Parkson tu ada banyak jenama, dalam banyak - banyak jenama, Sembonia juga jadi pilihan Yaya, bak orang kata macam makcik - makcik punya kasut Sembonia ni. ishh....siapa kata...bagi Yaya lah kan, tak pun...sebab ada jugak yang cantik - cantik, kena pandai pilihlah...macam taste Yaya memanglah tak suka nampak macam makcik - makcik punya style, Yaya pilihlah yang Yaya suka macam high heel. Terus terang, Yaya tak reti pakai wedges sebab pernah waktu zaman study dulu Yaya first time guna, terjatuh dari bukit yang bersimen pula tu...maluuu...fobia di situ....huhh....
Boleh tak Yaya nak mengada - ngada kejap? Bukan satu usaha yang sia - sia dari sekolah rendah darjah lima lagi Yaya dah pakai kasut high heel...aisehh.....ummi ayah suka tengok anak - anak dia nampak cantik dan hensem bergaya macam diorang jugaklah waktu muda - muda dulu...apa orang jawa kata? melaram....haaa....lebih kuranglah tu nak bagitahu pada korang - korang.
Tengok pada biji - biji putih pada kasut ni berjaya betul memikat hati Yaya nak ambil jadikan antara kasut kesayangan Yaya. Dia punya panjang tumit tu 5 inci. Amacam? tinggi kan....yelaa...I pendek, I kenalah ambil yang tinggi sikit....baru boleh jadi tinggi macam Erra Fazira....sorry Erra, mentioned nama U pula....
Ok, oleh kerana Yaya seorang yang cerewet dan tegas dalam apa jua yang Yaya nak buat, Yaya telah buat pilihan dengan teliti dari segi pemilihan warna, saiz, bentuk, kualiti dan kemas agar Yaya berasa yakin, selesa dan cantik disamping kelihatan sopan pada pandangan orang. Yaya memahami sales girl pun kadang - kadang mesti penat tunggu Yaya nak pilih kasut sampai menarik perhatian Yaya untuk decide kasut apa yang Yaya nak pilih. Lagi satu, Yaya memang tak suka ada sales girl / boy berada di belakang Yaya terutama waktu Yaya nak pilih, kadang - kadang tu Yaya mesti keluar dari kedai dan pergi ke kedai yang lain..hihihii.....sorry tau...
Cuba tengok pada pandangan sisi ni, nampak gojes betul macam yang si pemakai tu....tolong jangan komen kaki Yaya, komen kasut jer ok....Berapa saiz kasut Yaya ni? tak boleh beritahu awal - awal sebab nak cerita dulu harga dia yang tengah buat potongan harga 50% wow! harga asal dia RM160 dan bila dah turun jadi RM80. Ada dua warna iaitu hitam dan silver, Yaya memilih warna hitam agar sesuai dengan semua yang Yaya nak gayakan dengan pakaian yang Yaya pakai dan saiz kaki Yaya macam cinderella.whoops! cinderella kan kaki dia saiz 6, macam Yaya jugaklah kan..erkk....
Hope ada yang sudi komen comel - comel dari korang semua yang sudi untuk baca entry Yaya hari ini. Terima kasih & love you all
hamboii kasut dia.... ^_^
ReplyDeletekemain lagii yee . hahaha
ReplyDeletekemain yeeee...heeee
DeleteBlink blink lagi.....lip lap.lip lap...!! Cantik
ReplyDeleteterima kasih kak nina :)
Deletepeeergh pakai heels cenggitu.. mmg superb lah.. CT kenot go.. lenguh la kaki
ReplyDeletekalo tinggi2 cemni.. heheh suka shopping kat alamanda jugak.. tenang n x sesak ngan manusia..
yaya pakai waktu tertentu je ni..heheheee
DeleteCantik Kasut Yaya...
ReplyDeleteBonde Done follow u...
terima kasih kak bonda :)
Delete