24 July 2015

Sesat Balik Pejabat, Spider Solitaire Pun Tak Dapat




Hi! Sangat bersyukur sangat sangat sebab korang, aku dapat makan makanan cina dan halal pulak tu. 

Kami 'Lone Ranger' yang datangnya dari pelbagai pelusuk negeri dan kawasan hinggalah kami bertemu di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Terdiri dari pelbagai keturunan dan umur, status dan warna kulit.  

Ini pasal Yaya dah lama ajak makan sama dari bulan Ramadhan lagi dan syukur betul dapat jumpa depa ni dan sebelum ni asyik entah merepek cakap nya dalam 'whatsapp group'. Semalam tangan tengah syok main permainan Spider Solitaire lawan dengan rakan sepejabat, Ilmi dan Rezuwan dan entah kenapa si Nadiah ni duk buat panggilan ke Yaya pulak....kacau betul...haishh.....setahu Yaya lah kan dah lama dah kami nak buat perjumpaan ramai - ramai ni dan Yaya tunggu dari waktu buka puasa lagi tapi tak.....dapat - dapat...huhh....tak puas hati betullll....tapi tapii...tak menyesal pergi kedai makan cina muslim semalam. Tak sangka betul, sampai ke Cyberjaya kan kita reunion...dan tak boleh blah sekali, kami sesat nak balik ke pejabat semula, terpaksa cover dengan staf - staf yang lain....huhh....


Nasi ayam cina RM8 . 45 sen ( termasuk cas GST ) + air strawbery free tak payah bayaq. 
Menu di Restoran Cina Muslim di Salam Noodle , Cyberjaya pilihan Jalan-Jalan Cari Makan dan jadi pilihan kami juga.

Nak ambil air ni kena beratur ikut giliran, jangan potong orang lain tau.Nanti orang marah.,haip happ....

Memang best makan dekat sini terasa macam makan dekat Hong Kong dalam filem Jackie Chan, meja sampai tiga guna. Tengok nasi ayam dia masak fuuhhh sedaappp dan rasa nasi ayam dia jauh beza dengan nasi ayam orang melayu masak , kuah dia pekat dan bila sampai ke tekak buat Yaya lah orang paling lambat makan antara ramai - ramai ni. 

Sesekali pilih menu makanan ada tulisan Bahasa Cina dan terjemahan Bahasa Melayu ni rasa macam Eh! 1 Malaysia! Bangga jadi anak Malaysia yang punya pelbagai bangsa, kaum, agama dan budaya. 

Harapan Yaya agar Malaysia teruskan keamanan yang bakal kita kecapi pada 31 Ogos bulan hadapan.

Kan senang jadi blogger yang suka makan ni! Banyak lagi info dekat https://www.facebook.com/yayacendanaofficial 




















1 comment:

  1. seronok la dapat berkumpul ramai2 gini kan.. citer pasal nasi ayam cina..tiba2 teringat nasi ayam hainan bukit bintang la..huhuhu...=D

    ReplyDelete