13 August 2015

STATUS GLITTERATI NUFFNANG !

Assalamualaikum dan selamat petang ,

Hari - hari aku akan buka e - mel kot lah ada yang baik hati nak komen dekat blog aku yang simple ni. Terpandang e - mel dari Nuffnang dan bila yaya klik ! Mak aiiihhh....terkejut aku ! Status aku dah tukar kepada Glitterati . Hahahahaaa......tapi aku keliru juga sebab ini kali pertama aku nampak tiba - tiba tukar status dekat Nuffnang. Aku pergi tanya hampir kesemua group dalam whatsapp dan telegram. Dua hari jugalah aku nak pastikan betul ke status tu ? Apa kelebihan dia ? Glitterati ni apa sebenarnya ? Macam mana aku boleh dapat status Glitterati ni ? Semua yang bermain di fikiran aku melanda selama dua hari. Huhhhh

Ikutkan dulu aku ada letak iklan Nuffnang ni dekat blog aku tapi aku rasa macam kenapa tak naik - naik income aku ni ? Aku dah putus asa.... Sampailah dua bulan lepas aku dah remove dari blog aku dan dua bulan lepas juga aku letak semula iklan Nuffnang ni kot lah kan aku dapat income lebih. Mencuba sedaya mungkin.




Apa itu "Nuffnanger Eksklusif"??

Seorang "Nuffnanger" merupakan blogger Nuffnang yang mempunyai TIADA iklan-iklan dari, memperkatakan tentang, atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara, atau sebarang rangkaian iklan yang disifatkan sebagai pesaing atas blog anda.
Bagaimana cara nak dapat status Glitterati Nuffnang
Anda tidak perlu membuat permohonan, anda secara automatik akan menjadi ahli Glitterati Nuffnang selagi anda tidak mempunyai sebarang iklan dari, memperkatakan tentang, atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara atau sebarang rangkaian iklan yang kami sifatkan sebagai pesaing atas blog anda. Crawler kami akan secara automatik menyertakan blog anda dalam kelab dalam tempoh 7 hari.
Harap maklum bahawa sekiranya iklan daripada, ataupun memaut kepada, jaringan pesaing disertakan dalam blog anda pada bila-bila masa, crawler kami akan mengesannya dalam 4 hari dan anda akan dikeluarkan dari kelab secara automatik.

Mengapa Anda Patut Sertai Komuniti Glitterati Nuffnang

  1. KADAR BAYARAN UNTUK KEDUA-DUA KEMPEN CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISITOR) DAN CPC (COST-PER-CLICK).

    Semakin kurang iklan seorang blogger paparkan atas blognya, semakin tinggi suara setiap iklan kerana ia tidak perlu bersaing dalam ruang sempit. Maka, semakin tinggi CTR (Click-Through-Ratio) dan semakin tinggi nilai ruang iklan dalam blog tersebut.
    Sebagai contoh, anda tidak akan mungkin jumpa 8 iklan berbeza di atas satu halaman surat khabar yang sama kecuali di bahagian Classifieds di mana setiap pengiklan membayar jumlah yang kecil. Akibatnya, ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan sebanyak 20-40% lebih daripada blogger yang memenuhi blog mereka dengan iklan-iklan lain.
  2. TERMA PEMBAYARAN

    Nuffnang membayar ahli-ahli Glitterati 30 hari selepas setiap hujung bulan tarikh permohonan cashout. Dari situ, cek tersebut akan dikumpulkan dan dihantar ke bank untuk pemprosesan guaman sebelum dihantar kepada alamat yang didaftarkan. Pemprosesan dan penghantaran oleh pihak bank akan mengambil lebih kurang 2 minggu.
    Sebaliknya, Nuffnang mengambil selama 60 hari untuk memproses pembayaran cashout untuk ahli bukan-Glitterati. Dalam kata lain, ahli Glitterati akan menerima pendapatan mereka dalam tempoh masa yang lebih singkat.
  3. PELUANG ADVERTORIAL

    Ramai blogger sedia maklum bahawa kempen iklan banner menjana pendapatan yang stabil, namun sebenarnya advertorial yang menawarkan bayaran yang paling lumayan. Setiap advertorial, bergantung kepada pihak pengiklan, komitmen dan trafik blog, mampu membawa bayaran yang amat lumayan sekali. Tambahan lagi, kadang kala pengiklan akan memberi hadiah percuma juga!
    Sebelum ini, peluang advertorial terbuka kepada kesemua Nuffnangers. Namun, disebabkan permintaan tinggi untuk advertorial dan keperluan untuk kami mencari blogger mana dari beribu-ribu untuk diberi advertorial, kini hanya blogger ekslusif akan layak diberi advertorial.
  4. ACARA KOMUNITI

    Nuffnang dikenali dalam menganjurkan antara acara komuniti yang paling meriah seperti tayangan filem, review makanan, pelancaran media dan banyak lagi acara ekslusif. Seingin kami untuk melanjutkan jemputan acara-acara kami kepada kesemua Nuffnangers, ia sering sukar untuk menampung kesemua orang.
    Disebabkan itu, Nuffang ingin memberikan ahli Glitteratinya keutamaan yang paling tinggi apabila memberikan jemputan kepada acara-acara yang dilatakan tadi.
  5. PERADUAN

    Nuffnang telah menjadi hos kepada peraduan dan pemberian hadiah, di mana blogger-blogger menerima hadiah seperti baucar diskaun, hamper produk, telefon bimbit, camera and juga lawatan ke luar negara dimana kesemua perbelanjaan telah ditanggung Nuffnang!
    Dengan permintaan tinggi untuk peraduan-peraduan seperti ini, Nuffnang akan memberi keutamaan kepada ahli Glitterati sebelum membuka kepada ahli bukan-Glitterati.
Okeylah , harap dengan perkongsian aku ni buat para pembaca semua hilang segala tanda tanya . Tahu tak , betapa seksanya aku nak dapatkan keterangan mengenai Glitterati ni . Huhh.....

13 comments:

  1. hahahha..yaya kite senasib...earning org pun tak naik2..sedih..jhahhaa

    ReplyDelete
  2. takpe yaya.. pelan2 kayuh.. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah yaya... dh dpt status tu....skit jam lagi rancak lah tu... ;)

    ReplyDelete
  4. tahniah dpt status tu...KG dulu pun tetiba bertukar NON GLITTERATI... tetiba jadi glitterati balik

    ReplyDelete
  5. Selamat bernuffnang ya tahniah

    ReplyDelete
  6. thanx infonya,,,sudi singgah blog saya

    ReplyDelete
  7. ngeh3.. dulu masyuk tau Yaya.. skrang kemut dah Nuff.. sedey..

    ReplyDelete
  8. rajin update..rajin blogwalking..nanti masyuk la tu

    ReplyDelete
  9. Salam awak.saya start letak banner dari july14.masa tu dapat 30sen je.pastu stop jap n baru aktif balik dal 2 bulan.dapatla kumpul rm7.05 heheh.satu lagi kite kene selalu masuk blog sendiri wapun xdeu update.nnti total view akan increase gak.

    Visit blog saya kat syureinadiaries.blogspot.my

    ReplyDelete
  10. Salam awak, saya 2 3 bulan lepas start daftar Nuffnang lepastu terus tempek kat sidebar, dalam seminggu macam tu terus glitterati and now Non-glitterati, tak tahu kenapa tetiba je

    ReplyDelete
  11. Hi sis, thanks for the tips...

    ReplyDelete
  12. dulu dapat status ni jugak..tapi lepas letak adsense, terus dapat non glitterati...adoi..takpelah, janji berjaya dapat akaun adsense dan dibayar dalam usd. hehehe..

    ReplyDelete