9 September 2015

NU SENTRAL : BREAKOUT !! PERMAINAN YANG MENCABAR DAN MENGUJI MINDA



Assalamualaikum & Hai !

Korang ingat lagi tak masa zaman kita belajar dulu di universiti kita ada main macam - macam permainan macam Great Secrets Da Vincci , The Witch`s Green Amulet , The Mystery of Crystal Portal dan banyak lagi . Mainan ! Tapi, permainan yang yaya main kali ni lain sikit tau.. BREAKOUT !! Bagi Yaya , permainan yang mencabar dan menguji minda sama macam permainan yang pernah kita main  Cuma permainan yang Yaya maksudkan ni kita kena guna tangan dan otak kita sendiri .. huuhuu......korang  Pernah tak rasa gabra bila bermain 'games' ? Terutama sekali apabila masa dah hampir nak tamat . Kalau nak tahu , permainan yang yaya main ini juga boleh dikatakan sebuah permainan misteri .




Amacam?? rasa macam susah kan...bila korang dah berada dalam bilik yang korang kena setelkan tu terus terasa macam korang ni detektif dan kena fikir macam mana nak cari jawapan untuk lepaskan diri korang untuk keluar dari bilik tu. haaaa....nak main 'game' ni kena ada kerjasama kumpulan tau , macam aku hari tu aku pilih 'hint' untuk dapatkan jawapan terakhir . Tapi sebelum tu aku dah merasa panjat - memanjat kat dalam bilik tu . Habis kerusi dalam tu aku guna nak cari benda tersembunyi. Tak tahulah ada tinggalkan kesan ke tidak....adeh...huhuhuuu.....





Bilik yang team yaya dapat ni dah macam serupa rumah sakit orang dulu - dulu dah aku tengok , moodnya bertemakan cina punya perubatan .Haa.....dah terbayang dalam cerita hantu cina bila yaya nampak kertas dekat pintu ni . Boleh buat lekat dekat dahi bila nak bagi hantu tu tak bergerak , sama macam 'game' yaya maksudkan ni lah....kena dapatkan dulu kata kunci dia , baru boleh pergi ke bilik seterusnya. Tapi....sebelum nak ke bilik seterusnya , kami kena dapatkan jawapan dahulu dan jawapan dia pun banyak kena cari haaaa....amekaw! 





Semasa permainan berjalan , korang akan menjiwai watak korang di samping mencari penyelesaian dengan tugasan yang berbeza - beza . Ada watak yang berbeza dalam 'game' iaitu Lightbriger yang berperanan menjadi ketua yang mempunyai lampu untuk menerangi kawasan gelap , berbeza pula dengan watak Time Bender di mana dia mempunyai masa selama mana boleh berada dalam bilik tersebut . Bagi Lock Master , dia kena ingat kod yang diberikan semasa diberi penjelasan sebelum mulakan permainan . Scholar ! haaa....ini watak yang yaya pilih semasa 'game' ni berjalan dan yaya amat penting bagi kumpulan yaya . Yaya akan digunakan pada saat - saat akhir untuk melepaskan diri . So bayangkanlah kami dengan rasa cemasnya tengok kaki dengan tangan berdarah ni haa....errrr....



Ini bilik terakhir yang akan menentukan team aku menang atau tidak . Ahaaa...korang bayangkanlah kalau ada dekat dalam bilik ni . Waktu yaya nak pergi tangkap gambar ni pun dah suruh rakan yaya teman masuk dalam ni semula..kot laa kan ada seseorang di belakang aku . Tapi yang temankan aku ambil gambar ni memang betul ke manusia ??



Bagi Yaya , permainan yang mencabar dan menguji minda sama macam permainan yang pernah kita main.  Cuma breakout ni kita kena guna tangan dan otak kita sendiri .. huuhuu......Permainan yang yaya main ini juga boleh dikatakan sebuah permainan misteri sebab kita tak tahu permainan apa yang kita akan main nanti...jadi..kalau korang nak rasa apa yang yaya rasa..jom kita pergi ke Breakout di NU sentral nanti...

Harga 

Pax Per Room & Total (RM) include 6% GST 

2 = RM106.00
3 = RM143.10
4 = RM169.60
5 = RM201.40
6 = RM241.70
7 = RM267.10
8 = RM305.30

   


Untuk tempahan secara online , bolehlah ke website rasmi mereka











47 comments:

  1. menarik breakout ni..
    ada peluang lagi pasti nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak puas main lagi sebenarnya ..hihi...macam nak main lagi..hehehe

      Delete
  2. teringgin nak cuba game kat breakout... macam best jer

    ReplyDelete
  3. wahhhh..da lama x pergi nu sentral. baru taw ada superrr duper best games kt sana!! i will break that Breakout soon! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi main dekat sana baru tahu ada game ni kat nu sentral..hehee

      Delete
  4. Nama tempat rupanya Breakout... Akak dah takde masa untuk macamni semua Yaya... huhu... Tapi kan, akak rasa kalo akakla kat situ, mau akak pengsan. Macam menyeramkan je bilik² tu. Huhu

    ReplyDelete
  5. Best! Rasa nak gi main lagi.... Jom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan akak...hehee...macam nak main lagi laa..

      Delete
  6. Replies
    1. hantu ehh...hehehee...hantu ada di mana - mana...heheee

      Delete
  7. YAYa, jom pergi lagi. Try bilik yang dlm train tu. HEHEhe

    ReplyDelete
  8. Memang teringin nk join hari tu. Tapi ada hal lain. Lenkali nk join la kalau ada.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. mimin,....nanti kang kita mai laaa sana,..hehehee

      Delete
  10. Replies
    1. agak seram jugak kak...kalau kena tinggal sorang - sorang dalam tuh..hehehee

      Delete
  11. alahai rugi je tak dapat join ari tu...kalau tak boleh kenal yaya

    ReplyDelete
  12. wahhh.. mcm mencabar minda je..
    kena siapkan mental dan fizikal ni sebelum masuk... hehehehhee..

    dan..of course..kena siapkan duitnya dulu... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahahaha...mestilaa kak....semua berbayar sekarang...gst????heheee

      Delete
  13. jom yaya..kita try bilik lain pulak nanti..huhu.. mencabar kan bilik kita ni.. pening siap ada kira2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee....akak nak p bila nanti..kita set hari ...haaa..hheheheee

      Delete
  14. peghhh. bce pon da seram. kalau lela ni konfem ta gerak ke mana. i is penakut

    ReplyDelete
  15. memang menyeramkan..huhuhu

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    ReplyDelete
  16. erk..ngerinye..kak ummul bw sini hrini..esok nk bw lg eh..singgah blog kak ummul k..

    ReplyDelete
  17. KG xpernah masuk U lg...tp mcm menakutkan permainan ni kan

    ReplyDelete
  18. Seronoknya. Dah lah boleh feeling2 jadi detektif Sherlock Holmes hihi... lepas tu tengok rate, makin ramai makin murah... makin riuh jadinya nanti

    Suka lah dengan review Yaya ni :)

    ReplyDelete