22 September 2015

RESEPI YAYAC : Agar Agar Tembikai



Hai, selamat petang...teringat lagi zaman kecil-kecil dulu yaya selalu ikut orang tua yaya pergi ke majlis-majlis rumah terbuka mahupun majlis rasmi di kem tentera dan waktu tu memang terkenal dengan agar - agar tembikai ni. 'First time' makan agar - agar tembikai waktu darjah 6 pada tahun 2000. Rasa teruja sangat sebab makcik - makcik askar pandai buat agar - agar yang rupanya sebiji macam tembikai...hihiii....waktu tu tinggal di Kem Majidee, Johor Bahru. Tapi sekarang kem tu dah dipindahkan ke Banang pada tahun 2012. 


Dek kerana pengalaman makan agar-agar tembikai ni waktu kecil-kecil terlalu banyak, dan selalu jugak yaya sibuk kacau ummi yaya buat  agar - agar ni, yaya nak kongsi serba sedikit cara-cara nak buat 'Agar - Agar Tembikai' !!

Antara bahan - bahan yang diperlukan adalah : 

  • 1 paket serbuk agar - agar (10 gram)
  • 4 - 4 dan 1/2 cawan air (1 cawan = 190ml)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau
  • sedikit kismis

Cara - Caranya adalah :

  1. Masak agar - agar bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Kemudian tutup api dan sejukkan adunan agar - agar hingga suam (anggara 15-20 minit)
  2. Pukul putih telur sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang dan gebu
  3. Tuang 1 senduk adunan agar - agar ke dalam bekas adunan telur sedikit demi sedikit hingga rata. Pukul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk sedikit. Ingat ! Jangan masukkan adunan agar - agar suam sekaligus kerana ianya akan menyebabkan lapisan terapung dan terpisah dari agar - agar.
  4. Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan, kemudian masukkan 2 sudu kecil pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau menggunakan 'chopstik'. Kacau elok - elok agar warna tidak terkena pada bekas.
  5. Setelah itu, letakkan kismis di permukaan agar - agar sebagai biji buah tembikai. Kemudian sejukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Apabila agar - agar sudah beku, keluarkan agar - agar dari bekas menggunakan berus, kemudian warnakan bahagian luar dengan warna hijau sebagai kulit tembikai. Biarkan pewarna mengering sebelum ianya disimpan ke dalam peti sejuk.
  7. Agar - agar tembikai sedia untuk dihidangkan.

Mudahnya buat agar - agar tembikai ni...nanti korang bolehlah cuba buat di dapur korang..ok , sekian sahaja entry resepi dari yayac...nanti yayac kongsikan lagi tau resepi pencuci mulut. papaaiiiiii....... !!!!

2 comments:

  1. Dapnyerrr..santek plak tu....bdk2 msti lg suka.

    ReplyDelete
  2. nampak sedapppp!!! rasa lg sedappp kan...

    jom follow che amy http://doublehealhltyeshoppe.blogspot.my/

    ReplyDelete