4 September 2015

YAYAC : USAHA TANGGA KEJAYAAN

Salam Jumaat buat para pembaca , terima kasih sudi membaca di ruangan blog yayac hari ini . Lahirnya seorang cahaya mata sulung kepada Nordin dan Roszaina di dunia ini yang telah menghadapi pelbagai cabaran selepas menamatkan pengajian di sebuah institusi kerajaan di Kelantan pada tahun 2012 .



PASARAYA SAKAN

Apa yayac nak kongsikan di sini ya Allah ya Tuhanku....banyak sangat kalau nak diceritakan tahu tak ....? AKU insan yang baru nak menapak mencari kehidupan aku , siapa diri aku selepas habis belajar ni eh? ceritanya bermula ketika aku dilanda krisis percintaan bersama jejaka yang berasal dari Sungai Siput, Perak . Aku tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah atas kerana bila dah berkahwin dengan dia nanti , dia tak mampu nak tanggung aku belajar dan aku bekerja di sebuah syarikat yang diberi nama Pasaraya SAKAN kalau korang kenal nama pasaraya ni lah kan...di situ aku bekerja sebagai jurujual dan juruwang . Menjadi juruwang ni paling aku tak suka walaupun gaji tinggi dari jurujual , sebab kalau short duit nanti duit melayang...hurmm....


UMNO

Setelah selesai krisis antara aku dan si dia, aku ditawarkan pula untuk bekerja di sebuah Badan Berkanun di United Malays National Organisation sebagai kerani ICT di dalam Bilik Gerakan di UMNO Cawangan Simpang Renggam. Bekerja sebagai seorang ahli politik ni kalau macam aku , aku pernah pegang duit RM500 sehari dan itu adalah gaji aku , tapi tak menentulah hari apa , berapa aku dapat . Bagi aku yang masih baru di alam pekerjaan , aku rasa RM500 tu banyak bagi aku . Fuhh....separuh gaji aku waktu bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian tuuuu......

IRISH LAVENDER BOUTIQUE EXCLUSIVE

Habis berkempen , aku beralih ke bidang sebenar aku di sebuah butik di Simpang Renggam, Johor. Di situ aku pelajari lebih banyak lagi teknik menjahit yang bukan sahaja aku peroleh ketika aku sedang menutut di Universiti Teknologi MARA dulu. Di sini juga aku berpeluang untuk menjadi freelance mengandam pengantin di sekitar daerah Kluang , Johor .


PEKERJA SAMBILAN HARIAN
JABATAN KERJA RAYA , MENARA PJD , KUALA LUMPUR
JABATAN KEMAJUAN AGAMA ISLAM MALAYSIA, PUTRAJAYA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA , PUTRAJAYA

Haaa....di sinilah bermulanya strategi aku untuk mencari peluang yang ada dan bakal berada di depan mata , mana yang aku nak dan aku perlukan untuk kehidupan aku, aku tetap berkeras dan berusaha untuk dapatkan walaupun adakalanya pelbagai cabaran yang harus aku lalui . Secara ringkasnya , aku di sini sebagai pekerja kontrak sahaja kalau korang nak tahu lah kan....aku tak mendongak ke langit sebab aku sedar aku hanyalah Pekerja Sambilan Harian ... hehehe.....jadi...korang yang pernah berpengalaman bekerja sebagai (PSH)  ni fahamlah kan...malas aku nak cerita panjang di sini...hehehee.....



Dan bila sekarang aku sedar bahawasanya ALLAH swt telah menguji aku selama aku berusaha untuk dapatkan apa yang aku inginkan pada suatu hari nanti , aku nak ada perabot sendiri , aku nak ada barang - barang yang aku suka , pergi ke tempat yang aku nak pergi dengan menggunakan hasil titik peluh aku sendiri dan bukannya meminta pada orang lain atau juga meminta 100% wang dari ummi dan ayah aku . Helllooo.....malulahhhh sikit , dah besar kan...?? takkan nak menyusahkan mak bapak lagi....sendiri faham sudahhh....



8 comments:

  1. betul tu usaha tangga kejayaan :)
    mcm2 yaya da cuba kerja eh
    bagus banyak pengalaman

    ReplyDelete
  2. Adik yaya, akak baca satu2 luahan adik ni, tak kisah lah PSH ke, atau apa kerja sekali pun kita buat ingat satu...Allah yang beri rezeki, bukan orang lain, makanya banggalah rezeki dari Allah ni dik, bukan senang nak dpt kerja yang kita idamkan, semuanya bermula dari bawah...

    Lagi satu aku baca mcm pending je antara yaya dgn si dia tu...dah putus ke sebenarnya hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tamat sudah riwayat hubungan tuh pada tahun 2012 ... :)

      Delete
  3. bagus yaya..banyak pengalaman
    sungai siput...errr..tak jauh pun dari tampat Mai ..hehehe

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    ReplyDelete
  4. Tahniah dik.. Sis doakan semoga Yaya terus berjaya.. Kita akan rasa puas hati dengan hasil usaha sendiri walau pun perit.. Jatuh bangun sendiri tapi in shaa Allah manis itu ada.. Teruskan usaha yer.. :-)

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya...teruskan usaha...kejayaan tidak datang dengan mudah

    ReplyDelete
  6. jangan putus asa..dan smoga terus berjaya

    ReplyDelete